بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
...alhamdulillah...
itu sahaja yang dapat diucapkan after what had happened last week. Minggu yang terlalu panjang dan terlalu lama untuk dihabiskan.
Pelik tapi benar..
itulah kesimpulan yang dapat disimpulkan. Rasanya tidak perlu Si Kerdil ini menterjemahkannya didalam Life Interpretation tetapi sekadar ulasan dan kesimpulan secara general untuk santapan para pembaca yang begitu loyal dan invisible.
Seperti yang dikangsi didalam penulisan blog sebelum ini, sikap manusia dari turun-temurun sejak dari zaman dulu kala yang mana "PHD" (Perasaan Hasad Dengki) dan mungkin iri hati yang terbenam dan terpasak dilubuk hati setiap masyarakat dunia tidak kira bangsa dan agama yang sehingga ke akhir zaman (mungkin) tidak dapat dikawal dan mungkin juga tidak dapat dibuang dari dalam diri individu terbabit. Apalah sebab-penyebabnya..., entahlah... kita serahkan saja pada yang Maha mengetahui untuk menguruskan perihal tersebut. Kita hanya mampu menghimpun sepuluh jari di sejadah untuk mohon kepadaNya untuk menjauhkannya dari dalam diri kita dan daripada ianya berlaku keatas seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengenali kita.
Like wise-men says...
sememangnya setiap apa yang berlaku semestinya ada hikmah dan maksud yang tersendiri dan atau mungkin ada sesuatu yang ingin diberitahu atau mengingatkan kepada kita atau kepada sesiapa tentang sesuatu olehNya. In the end.. Hidup tetap dan harus diteruskan kerana kaki tetap terus melangkah, nafas dihidu seperti biasa dengan matlamat yang tersendiri bagi setiap individu dan atau makhluk didunia ini.
suatu lagi pengalaman dan moments yang harus disimpan dan dibukukan serta dimuat-naikkan didalam Life Interpretation ini.
by the way,
Syawal semakin hampir.. Ramadhan semakin berjauhan..
pilu..
sebak kian mula dirasakan..
banyak peristiwa-peristiwa dan kenangan yang lalu kembali segar umpama baru sejam-dua ianya berlaku. Kesabaran, kecekalan dan semangat harus diupgrade from time to time. Perasaan rindu menyeliputi hati yang terlalu rapuh dan selembut selaput dara wanita jika ianya disentuh. Titisan air mata yang terlalu merindukan orang yang sudah lama meninggalkan Si Kerdil ini kini membasahi pipi dikala teringatkan akan mereka yang telah pergi.
Mungkin ada sesetengah pihak yang mengenali akan diri Si Kerdil ini tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat ini, namun demi untuk kebaikan semua pihak yang terlibat secara langsung dan atau sebaliknya, Si Kerdil ini telah pun mengambil keputusan untuk membusykan diri dengan bertugas di pagi Syawal. Bukan maksud diri untuk melarikan diri dari kenyataan tetapi untuk tidak terus menyeksakan diri bersedih bertemankan air mata.
Apa yang penting, semoga para pembaca yang loyal lagi invisible berbahagia dan bergembira bersama keluarga yang tersayang dan dengan ditemani oleh para sahabat dan rakan taulan.
I'll be away for a moment from Aug 6 2013.
Finally..
mohon diperkenan Si Kerdil ini mengucapkan Salam Lebaran Minal Aidil Wal Faizin, Maaf Zahir & Batin untuk semua para pembaca yang begitu setia.
Salam Lebaran dari
Temasek
