Saturday, 19 April 2014


"Kalau hendak menjadi pokok yang tinggi
Bersiap sedia untuk ditiup angin.
Kalau tidak mahu ditiup angin,
Jangan jadi pokok yang tinggi.
Jadilah rumput yang dipijak"

petikan kata-kata dari ahli-ahli forum perdana TV1 Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika direnungkan sekali lagi dengan penuh khusyuk akan intipati kata-kata dari ahli-ahli forum perdana suatu ketika dahulu. Pasti ianya dapat membuka minda kita seketika untuk terfikir dimanakah situasi dan atau posisi yang kini kita berada... Seterusnya segala keputusan perlu kita laksanakan-samada untuk meneruskan perjalanan tersebut atau pun rehat seketika untuk memperbaiki dan memperhalusi serta menyusun semula strategi perjalanan tersebut untuk kita mencapai apa yang diinginkan dan atau apa yang dicitakan serta apa yang diimpikan...

fikir-fikirkanlah....


Hampir sebulan rasanya Si Kerdil ini tidak menulis dan atau menng-update Life Interpretation. Biasalah kesebukan semakin bertambah dengan misi, tugasan dan tanggungjawab sepertimana yang telah diamanahkan bagi setipa insan yang hidup selepas tamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.

Berbalik kepada kata-kata ahli forum seperti yang diatas, memang tidak dinafikan yang mana memang tiada bantahan berkenaan statement tersebut. Pengorbanan demi pengorbanan, pelbagai cabaran serta dugaan yang mesti ditempuh untuk melepasi sesuatu tahap. Semestinya setiap satu tahap atau situasi memiliki cabaran yang berbeza-beza.

Speaking of the devil..
kalau nak diceritakan satu persatu, rasanya panjang berjela lah update kali ni dan pasti ada yang bosan membacanya (jika ada yang membacanya). Tetapi secara kesimpulannya apa yang boleh diperkatakan disini, Syukur ke hadrat Illahi kerana dipinjamkan kekuatan dalaman untuk menempuh segala ujian yang dikurniakan. It does not mean I'm already become a very high "tree", but thanks to Allah I'm at this stage from nothing and nobody until what I am.. until I am somebody.

Sememangnya ianya bukanlah suatu kejayaan yang perlu diraikan, but it just a beginning. Terlalu banyak dan jauh lagi perjalanan dan cabaran serta dugaan perlu ditempuh. Apa pun, mohon dipinjamkan sekali lagi kekuatan untuk menempuhnya dengan tenang. Entahkan larat, entahkan tidak... berserah sajalah... badan pun semakin lama semakin dimakan usia, semakin uzur dan semakin berusia.

Apa pun, renung-renungkan kata-kata dari ahli-ahli forum perdana seperti yang diatas. Memang ada benarnya dan tidak boleh dinafikan akan kebenarnya. Bukalah minda untuk seketika demi untuk memperbaiki cara hidup kita dan orang yang kita sayang. Indeed!! pengorbanan perlu untuk menjadi "Pokok yang tinggi" demi untuk terus berdiri tegak dan gagah walaupun ditiup "angin".

ok lah.. rasanya dah terlalu panjang berjela update kali ni.
sedikit paparan terkini untuk santapan mata pembaca.. maaf jika ianya agak keterlaluan... 

Ni lah akibatnya kalau lama sangat menunggu orang yang ditunggu tak sampi-sampai
Don't keep me waiting..!!!


lama rasanya tak dedahkan kulit ni dengan cahaya matahari... 


 masih lagi laku ker? hahaha...

sexy??
tapi macam da gemok kan..
58.8kg 

Thursday, 13 March 2014

Gaya Hidup Baru

Salam semua..
terasa macam terlalu lama tak memblogkan diri ni.. entahkan ada entahkan tidak my loyal silent readers.. 

well...
as usual.. masih lagi sibuk dengan pelbagai urusan yang tak sudah.. perihal family's, friends, life dan banyak lagi perihal lain termasuk  financial, and unwanted/unwelcome issues... kalau nak dihuraikan / dikupas satu demi satu, semestinya mengambil masa yang amat panjang. Apa pun its all some part's of my live sharing to all my so called Loyal Readers and Loyal Silent Reader's.

foto dulu, kini - editted by photo wonder and insta mag apps

sebagai paparan untuk santapan blog's update kali ini... enjoy it!
ada yang memberitahu, foto seperti berikut jauh beza antara satu foto dengan foto berikutnya. Entah lah... mungkin akibat daripada kesan edit daripada photo wonder... namun pemilik foto ini tetap seperti dulu cuma ada beberapa faktor yang berubah.. seperti faktor umur, kesihatan and etc..

Mungkin ada sebahagian daripada my Loyal Silent Reader's diluar sana yang mengikuti dan atau mengenali diri ini dengan lebih dekat, mengetahui akan perkembangan diri ini - bermaksud... cara penghidupan diri ini sudah berubah sedikit demi sedikit antaranya..

- Pengamalan cara hidup yang lebih sihat
- Lebih mendekatkan diri dengan kerohanian
- Pengurusan perihal kewangan dan tanggungjawab terhadap isu yang berulangan
dan banyak lagi...

bercakap mengenai cara hidup sihat, kini memang diri ini memberi lebih banyak ruang dan masa untuk bersenam, workout, dan swimming.

foto suatu ketika dahulu - end of 2013

seperti yang diatas, dulunya bersusukkan kecil, kurus.. namun kini... penambahan berat semakin ditingkatkan sedikit demi sedikit serta peningkatan metabolism semakin menampakkan hasil dari masa kesemasa.

(bukan foto sebenar)
Sasarab susuk tubuh yang diidamkan

mungkin ada yang membuat tafsiran serta atau membuat penterjemahan yang tersendiri/secara peribadi yang mana blog's update kali ini memberi serta membuka ruang untuk pelbagai spekulasi-spekulasi liar yang berbaukan unsur-unsur negatif (tidak perlu rasanya diberi penjelasan). tapi..., segala apa yang dikemaskaini serta atau berkongsi adalah hanya sebagai tatapan hiburan dan berkongsi perjalanan kehidupan diri ini semata. Tiada unsur dan atau agenda lain... 

hak anda untuk mentafsirkan dan memberi serta
membuat spekulasi dan menterjemahkannya dalam bahasa
serta persepsi didalam fahaman dan minda anda (pembaca)

 well... itu adalah antara misi yang perlu dicapai bagi tahun 2014. Misi utama bagi tahun ini... rasanya tidak perlu diwar-warkan... atau mungkin belum tiba masa yang amat sesuai untuk dikongsikan didalam blog ini. Bagi mereka yang rapat dan atau mengikuti perkembagan diri ini, harap ianya tidak diketahui umum.... 

Apa pun semoga segala misi tahun ini dicapai dalam jangka masa yang telah ditetapkan.... dan terima kasih bagi yang memberi sokongan..

ok la... its bout time to leave you all...
do not hesitate to leave your comments and or any thought in your mind..


Wednesday, 22 January 2014

Never Ending Issues...

Bismillahirrahmanirrahim...

I wonder what the first things come into your mind as you all my silent loyal readers (out there - if you still following and waiting what's my upcoming/updating Life Interpretation) read the Title of this post update..? 

"Never Ending Issues"

indeed!
it's never ending issues, not even to me but all of us.

seperti biasa... too many things happened and too little time. segalanya berlaku hanya sekelip mata. diam tak diam.. sudah tahun 2014. rasanya masih sempat lagi si kerdil mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. tahun baru, misi baru (mungkin), impian baru dan atau tugasan baru. so, how the new year celebration..? seronok..?? ade yang sudah pecah dara or hilang teruna...? hahaha... 

dibulan disember memang terlalu banyak sangat perkara yang berlaku... isu keluarga yang sudah, masalah kesihatan yang tidak menentu, dan banyak lagi isu-isu yang remeh-temeh. buah mulut segelintir manusia jangan cakaplah... law dilayan, memang tak akan habis. apa pun, hidup perlu diteruskan-as usual and common statement.. kan.. 

disini, dihari ini, si kerdil tidak akan menceritakan apa yang telah terjadi sebab nama baik individu terbabit perlu dilindung tetapi, si kerdil ini ada meluahkan secebis luahan perasaan kepada sesiapa yang terdekat. bukan untuk menagih kasih or sympathy, tetapi hanya untuk memberi sedikit ruang kepada diri si kerdil untuk bernafas dan keluar dari isu-isu yang tiada hujungnya untuk sementara as in order to refreshing my mind to search the perfection solution for all the issues.

for 2014 ni, my upcoming updates will be a little bit different from 2013. ada sedikit kelainan dan perubahan. mungkin dari segi penulisan, blog title or perhaps new elements will be put in. so, nantikan ya... anjakan paradigma.. hahaha... atau revolusi baru...

ok la rasanya setakat ini sahaja si kerdil dapat berkongsi.

terima kasih kerana memberi sedikit ruang untuk membaca.