"Kalau hendak menjadi pokok yang tinggi
Bersiap sedia untuk ditiup angin.
Kalau tidak mahu ditiup angin,
Jangan jadi pokok yang tinggi.
Jadilah rumput yang dipijak"
petikan kata-kata dari ahli-ahli forum perdana TV1 Malaysia
بسم الله الرحمن الرحيم
Jika direnungkan sekali lagi dengan penuh khusyuk akan intipati kata-kata dari ahli-ahli forum perdana suatu ketika dahulu. Pasti ianya dapat membuka minda kita seketika untuk terfikir dimanakah situasi dan atau posisi yang kini kita berada... Seterusnya segala keputusan perlu kita laksanakan-samada untuk meneruskan perjalanan tersebut atau pun rehat seketika untuk memperbaiki dan memperhalusi serta menyusun semula strategi perjalanan tersebut untuk kita mencapai apa yang diinginkan dan atau apa yang dicitakan serta apa yang diimpikan...
fikir-fikirkanlah....
Hampir sebulan rasanya Si Kerdil ini tidak menulis dan atau menng-update Life Interpretation. Biasalah kesebukan semakin bertambah dengan misi, tugasan dan tanggungjawab sepertimana yang telah diamanahkan bagi setipa insan yang hidup selepas tamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.
Berbalik kepada kata-kata ahli forum seperti yang diatas, memang tidak dinafikan yang mana memang tiada bantahan berkenaan statement tersebut. Pengorbanan demi pengorbanan, pelbagai cabaran serta dugaan yang mesti ditempuh untuk melepasi sesuatu tahap. Semestinya setiap satu tahap atau situasi memiliki cabaran yang berbeza-beza.
Speaking of the devil..
kalau nak diceritakan satu persatu, rasanya panjang berjela lah update kali ni dan pasti ada yang bosan membacanya (jika ada yang membacanya). Tetapi secara kesimpulannya apa yang boleh diperkatakan disini, Syukur ke hadrat Illahi kerana dipinjamkan kekuatan dalaman untuk menempuh segala ujian yang dikurniakan. It does not mean I'm already become a very high "tree", but thanks to Allah I'm at this stage from nothing and nobody until what I am.. until I am somebody.
Sememangnya ianya bukanlah suatu kejayaan yang perlu diraikan, but it just a beginning. Terlalu banyak dan jauh lagi perjalanan dan cabaran serta dugaan perlu ditempuh. Apa pun, mohon dipinjamkan sekali lagi kekuatan untuk menempuhnya dengan tenang. Entahkan larat, entahkan tidak... berserah sajalah... badan pun semakin lama semakin dimakan usia, semakin uzur dan semakin berusia.
Apa pun, renung-renungkan kata-kata dari ahli-ahli forum perdana seperti yang diatas. Memang ada benarnya dan tidak boleh dinafikan akan kebenarnya. Bukalah minda untuk seketika demi untuk memperbaiki cara hidup kita dan orang yang kita sayang. Indeed!! pengorbanan perlu untuk menjadi "Pokok yang tinggi" demi untuk terus berdiri tegak dan gagah walaupun ditiup "angin".
ok lah.. rasanya dah terlalu panjang berjela update kali ni.
sedikit paparan terkini untuk santapan mata pembaca.. maaf jika ianya agak keterlaluan...
Ni lah akibatnya kalau lama sangat menunggu orang yang ditunggu tak sampi-sampai
Don't keep me waiting..!!!
lama rasanya tak dedahkan kulit ni dengan cahaya matahari...
masih lagi laku ker? hahaha...
sexy??
tapi macam da gemok kan..
58.8kg



