Dunia punya cerita...
Akhirat tak tahu lagi bagaimana...
Selepas satu demi satu incident yang berlaku tanpa diduga tetapi hints nya sudah terpancar, namun tiada kesedaran dari dalam "mata hati" ini. Maka dengan kuasaNya, berlakulah incident tersebut....
"Bila sudah terhantuk, baru terasa sakit"
Apa pun..., penerimaan dengan hati terbuka serta redha dan akur atas incident tersebut... Kekesalan bukan itu perasaan yang dirasai tetapi, alpa atau lupa akan kehadiran hints yang diberikanNya...
Penerimaan dengan hati yang terbuka, redha dan tenang yang berlaku sekarang.... Namun, nun jauh dihati kecil berkata...;
"Kenapa begitu bodoh, leka bermain dengan permainan dunia, serta berpandang rendah terhadap hints yang diberikan..?"
Dipenghujungnya... Inilah yang dikatakan "manusia" kepuasan yang tiada batasan.., tamak dan bermegah dengan permainan serta harta dunia, cuai, dan kesimpulannya kesempurnaan sememangnya tidak layak untuk dimiliki oleh manusia dimuka bumi yang suci ini....
Inilah masa yang amat sesuai untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam dan juga masa yang amat terbaik untuk merehatkan tubuh dan minda secara tenang...
No comments:
Post a Comment