Tuesday, 23 April 2013

after 20 years... "i missed you"

berdasarkan seperti tajuk yang diatas,
I'm nkt shocking of the statement's given by (whose not to be nme), but questions and more questions cluttering in my head... why now!?"

It was 20 years ago... and now you came with message "I missed you". Bukan terkejut dengan statement tersebut tapi perasaan ini tiba-tiba menjadi lebih marah dan menyakitkan hati. Umpama luka lama berdarah kembali..

"After what have you said to me (not in direct) for the past 20 years , now you came to me with message, you missed me.. owhman... Its too late...too late.."

"Ada anak lelaki pun tak guna.."

Statement tu memang tak akan dan tidak pernah pudar or hilang dari dalam hati ini.. never ever go away... Sebab lukanya, bisanya statement tersebut teramat sakit.  Sukar untuk digambarkan bagaimana kehebatan peritnya diri ini membawa luka yang berbisa itu untuk meneruskan hidup ini. Pelbagai cara dan usaha dilakukan namun tetap perit diri ini menanggung seksanya hingga ke hari ini... Sudah banyak yang diri sacrifices kan demi untuk menjaga nama baik namun ku tetap membiarkan diri ini terseksa memperhambakan batin diri ini pelbagai caci maki, kutukan dan tomahan dari masyarakat dimata dunia. Bukan hendak mengungkit dan atau memohon serta mengharapkan balasan yang setimpal dari apa yang telah diri ini korbankan demi untuk menjaga nama baik tetapi....diri ini hanya mohon dihargai 20 tahun yang lalu itu sahaja....

Hina sangat ke diri ini...
keji sangat ke diri ini...
busuk sangat ke diri ini...
Siapakah diri ini yang sebenar dalam....

Ya Allah!!
ku melutut dihadapanMu, menyembahkan diri ini serba kekurangan lagi menjijikan serta hina dimataMu dan dimata masyarakat dunia memohon bantuan dengan kuasa mutlak yang Engkau miliki. Bantulah aku.. kurniakanlah pertunjuk kepada diri ini atas apa yang berlaku selama 20 tahun yang lalu.. apakah yang Engkau cuba memberitahu diri ini ya Allah...

bantulah diri ini ya Allah...
bantulah aku...

sekiranya benar aku yang berdosa, aku akur dengan segala apa yang telah Engkau tentukan walaupun Engkau mencabut nyawa diri ini sekali pun, aku tetap akur dengan segala keputusan dan ketentuanMu. Aku redha dan bersyukur ya Allah.... demi untuk kebaikan semua... aku redha dan aku sanggup. Dan sekiranya ini adalah balasan keatas diri ini atas apa yang telah diri ini lakukan serta lalai akan segala suruhanMu, maka aku mohon kekuatan untuk aku menempuhnya dengan hati yang cekal.

Ampunilah segala dosa-dosa ku yang lalu dan ampunilah diri ini kerana memohon seperti yang diatas ini. Sememangnya aku buntu..

sebak..
pilu..
sedih tanpa air mata atas segala kepahitan dan keperitan hidup yang diri ini lalui selama 20 tahun yang lalu.

entahlah.. kusut kepala ni...

segalanya bagai seminit yang lalu...
pembelajaranku tidak dihidarkan..

suatu ketika dulu... aku menduduki peperiksaan, langsung tidak diendahkan.. kemana ku pergi menghilangkan diri langsung tidak dipedulikan.. apa yang ku lakukan di luar rumah langsung tidak dipedulikan... melihat rakan-rakan yang sebaya ketika itu sering dimarahi oleh kedua ibu bapa mereka kerana keluar dan balik lewat malam.. namun tidak untuk diri ini. Diketika keputusan peperiksaan dikeluarkan langsung tidak ditanya dan dihindarkan atas keputusan peperiksaan ku... siapakah diri ini sebenarnya didalam...

ku ketagihkan kasih sayang seperti anak-anak yang lain. Belaian mesra dan kemanjaan dan gurau senda...

diketika diri ini melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi, tidak sepatah pun aku membuka mulut ini memberitahu mereka. Dengan siapa ku berkawan..apa yang ku lakukan dan segala aktiviti diluar rumah, tidak dihiraukan sama sekali...

Telah banyak yang ku korbankan demi untuk kebahagian dan demu untuk menjaga nama baik... hingga sanggup diri ini menggadaikan hati dan perasaan untuk mereka.. teman-teman, kekasih dan semua kepentingan diri ini ku gadaikan. Penat lelah ku.. sakit pening ku.. tidak sama sekali aku hindarkan... apa yang kisahkan adalah pembelajaranku.. dari sinilah diri ini mula berbedikari.. belajar erti kehidupan dalam dunia realiti, dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran..

Pelbagai jenis manusia serta kerenah sudah ku berkawan dan temui.. sudah pelbagai jenis kerja ku lakukan demi untuk meneruskan hidup... caci maki hamun manusia atas diri ini dah tiada erti lagi... biarlah apa yang nak diperkatkan oleh masyarakat dunia atas apa yang aku lakukan ketika aku sedang dalam pengajian diperingkat tinggi, namun jauh dalam hati ini tetap memandang kehadapan yang mana suatu hari nanti akan ku miliki scroll diatas pentas dengan hasil usaha dan pengorbanan ku selama ini.

Hinggalah disuatu hari yang teramat sangat ku nantikan - Convocation Day
Walaupun ianya hanya berlaku dalm sehari, tetapi hari tersebut adalah hari yang paling penting bagi diri ini dan masyarakat dunia bahawa aku mampu memiliki apa yang kamu semua miliki malah lebih dari apa yang masyarakat dunia mampu miliki.. Terbukti aku mampu memilikinya. Diatas pentas, disaat aku memegang segulung diploma, menitis air mata ini mengenangkan pengorbanan yang diri ini gadaikan sepanjang pembelajaraan ku selama hampir 4 tahun. Titisnya air mata ini bukan sebab sedih kerana "mereka" lewat hadir dan atau sengaja lewat menghadirkan diri tetapi... inilah hasil atas apa yang ku gadaikan dan pertaruhkan maruah diri ini untuk diriku.

Disekeliling ku teman-teman dan rakan-rakan seperjuangan bersama-sama dengan orang yang disayangi dan insan pembakar semangat untuk mereka berjaya memiliki segulung diploma dan atau ijazah. Bersenda gurau, bergelak riang ria.. bergambar mengukir kenangan yang paling terindah dalalam hidup mereka untuk tatapan masa depan mereka. Tetapi aku hanya bersendirian didalam kelompok ribuan manusia dan hanya menyorokkan diri ini disuatu sudut menunggu nama dan giliran ku menaiki pentas keramat. Turun sahja dari pentas aku terus memulangkan jubah yang disewa serta merta dn kemudian bertemu dengan teman seperjuangan ku seketika hanya untuk memberitahu aku ingin pulang. segalanya sudah selesai dan banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan untuk mencorak penghidupan baru yang akan ku laluinya nanti.

Memang sedih sebab tidak dapat bersama-sama teman yang lain meraikan hari yang bahagia dan mereka turut sedih kerana aku menarik diri dari bersama-sama mereka. Pada diriku hari yang patut aku raikan adalah dimana aku dijemput menemui Allah kerana tugas sebenar diri ini telah selesai dan tika disat itulah masa yang paling sesuai untuk aku rehat dan menerima balasan atas apa yang telah diri ini laksanakan diwaktu nyawa dikandung badan.

Selesai sudah pemulangan jubah yang disewa, aku dikejutkan yang mereka baru tiba dan aku hanya berkata :

"everything done here, lets go back and there is nothing here anymore"

selepas dari saat tersebut, aku hanya pejamkan mata hati ini untuk terus melangkah meneruskan suatu hidupan yang telah ku bina sejak aku berdikari disuatu ketika dahulu hinggalah diri ini ditemukan oleh Mardiana Binti Zakaria yang mana diakhirnya aku ditinggal pergi selamnya. Hidup umpama lumpuh seluruh badan, semangat hilang entah kemana.. zaman kejatuhan bermula.. manusia disekilingku hanya mampu melihat, dan memberi kata-kata perangsang penguat semangat tetapi tiada yang mampu membantu.. yang lain hanya mampu melihat dan mungkin menjeling..

"tiada siapa yang boleh membantu diri ini, hanya jati diri sendiri yang boleh membantu bukan manusia disekeliling diri.."

bangkitnya diri ini yang lumpuh hampir 2 tahun lebih dengan kata-kata tersebut... bukan bangkit membina hidup baru tetapi, kebangkitan diri ini didalam dunia yang nyata ini untuk menebus dan menempuh semula rintangan yang melumpuhkan diri ini. Dengan mengeraskan dan mematikan mata hati kecil diri ini aku bangkit dan terus berlari menempuh segala dugaan hidup hinggalah aku ditemukan dengan seorang insan yang membuka mata hati ini dan telah melembutkan hati diri ini setelah sekian lamanya aku mematikannya.

Dari sinilah aku memperbetulkan perjalanan hidup ini yang telah lama terpesong dan sinilah mula bangkitnya kisah yangntelah lama aku matikannya selama 20 tahun. Adakah zaman kejatuhan ku kali ke 2 tiba lagi atau ini adalah perjalanan dan perjuangan hidup ku yang terkhir... hanya Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahuinya dan aku berharap, berakhirnya semua ini tiada hati yang terluka dan harap akan dapat aku menunaikan niat dan hajat dihati ini serta menunaikan janji diri kepada "dia".

No comments:

Post a Comment