Thursday, 11 July 2013

"Layang-layang terputus tali diawan biru"

Bismillahirrah manirrahim..

Lama betul tak update Life Interpretation ni.. mesti ramai yang ternanti-nanti update terkini..specially my invisible loyal readers.. huhuhu.. lama tak guna ayat tu..hahaha.. so.. how's your life goes, study, work maybe... Is everything alright? Supposedly everything ok... Thank you terima kasih sebab sabar menanti my update..

Rasanya macam dah 3 bulan tak update Life Interpretation ni kan.. well... Si Kerdil ni agak sibuk dengan tugasan dipejabat dan beberapa perkara yang hadir tak diundang... Perihal dipejabat, keluarga dan insan-insan yang terdekat dengan Si Kerdil ini. Jika nak dikupas satu persatu, mungkin besok pagi baru dapat dimuat-naik kan didalam Life Interpretation ni. Takut you all nanti bersengkang mata membaca dan menghayati inti-pati yang disumbat padat didalam Life Interpretation ni... Apa pun, selamat membaca..

Dipendekkan cerita, segalanya berpunca daripada harta, wang ringgit, permata dan kemewahan serta perasaan tamak. Disusuli pula dengan kepuasan harta dunia yang tiada akhirnya serta ketidakpuasan dengan sikap individu-individu yang terbabit secara langsung dan atau sebaliknya. Itulah kita manusia dan hamba Allah yang dipinjamkan pelbagai anugerah, baik buruk serta cacat celi, cantik molek dan banyak lg.. kemudian dihiasi pula dengan mentera-menteri, tangkal-mangkal dan segala jenis bahan yang dihasilkan oleh individu yang mahir dalam penghasilan bahan-bahan tersebut sebagai pembantu demi untuk mencapai matlamat utama-kepuasan yang tiada akhirnya.

Kesemua seperti yang disebutkan diatas memang tidak dapat kita, masyarakat dunia, mengelak daripada ianya berlaku. Tidak dapat dikawal sebab perkara tersebut sudah wujud berkurun lama. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa PHD (Perasaan Hasad Dengki), yang mengalir sealiran dalam darah tubuh badan kita membuatkan lahirnya ketidakpuasaan dan sebagainya. Ada pula yang lebih menekankan pada sudut agama... Pelbagai tafsiran dan atau kesimpulan serta penilaian atas perkara tersebut. Kesemuanya bergantung kepada diri kita untuk diterimakannya...

intro jek tu... hehehe

by the way, Salam Ramadhan Al- Mubarak..
Penulisan blog ni yang sebenarnya tergendala seketika sebab ada suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. kini disambung semula dengan kesempatan yang ada ni. Terlalu banyak sangat perkara yang tidak diingini berlaku dan terlalu singkat dan laju masa berlalu pergi. Letih dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini dan tak tahu bagaimana dan dimana nak memulakannya...

haishhh.... entahlah kan... cuma keluhan demi keluhan yang termampu Si Kerdil ini nyatakan...

Disuatu ketika dahulu, terjadinya suatu peristiwa diawal pagi, selepas solat subuh, hati ini menjadi berat untuk pergi ke tempat bertugas.Namun dipaksakan diri menuju ke pejabat. Didalam perjalanan, kaki menjadi berat melangkah masuk. Jiwa menjadi kosong umpama hilang minat dan menjadi kosong umapama orang bodoh yang tak tahu untuk memulakan tugasan harian. Hati menjadi sebak dengan tiba-tiba tanpa sebarang sebab dan mengalir air mata yang tanpa disedari membasah pipi. Hilang minat untuk melakukan pekerjaan yang diminati.

Dimanakah salah dan silapnya dan atau apakah pertunjuk yang ingin disampaikan olehNya kepada Si Kerdil ini. Kerana seingat Si Kerdil ini, pernah disuatu ketika Si Kerdil ini memohon pertunjuk dan bantuan sekiranya ianya baik untuk diri Si Kerdil ini maka minta diteruskan tanpa halangan dan jika sebaliknya, mohon dihentikan dan dimatikan hati untuk melakukannya dan meneruskannya. Diketika itu sewaktu Si Kerdil ini buntu untuk membuat keputusan pemilihan pekerjaan dan selepas memilih serta diawal permulaan pekerjaan yang dipilih. Sejurus kemudian pelbagai perkara yang tidak diundang berlaku. Perkara mistik berlaku. Entah lah.... Tak tahu apa penyebabnya atas apa yang berlaku. Kusut dan semakin berkecamuk dalam kepala ini bila memikirkannya.


No comments:

Post a Comment