Monday, 14 October 2013

semakin merindukan tanah suci..

bismillah hirrahma nirrahim..

kepantasan masa berlalu pergi mendahului keringat, pengorbanan dan dugaan yang berjujuran jatuh membebani bahu Si Kerdil ini umpama hujan lebat membasahi bumi ditengah hari berpanaskan Sang mentari yang terang menerang perit terasa dengan bahang yang membakar sel kulit selembut sutera.

namun, jauh disudut hati Si Kerdil ini menahan kerinduan yang teramat sangat tanah suci yang akan dikunjungi tahun hadapan. Sesungguhnya Si Kerdil ini dipilih untuk menjadi tetamuNya tahun hadapan (insya Allah..) pelbagai dugaan, rintangan, badai ombak yang terlalu kuat menghentam "sampan uzur" di tengah lautan yang tiada penghujungnya serta dengan ujian dariNya kepada Si Kerdil ini.Si Kerdil yang serba kekurangan lagi hina dimataMu, mohon dipinjamkan kekuatan dariMu demi untuk meloloskan diri dan serta mengharunginya dengan penuh ketaqwaan, keimanan serta kesabaran atas namaMu.

Rindu Si Kerdil ini umpama terasa bagai ingin menetapkan diri, menghambakan diri serta mengamdikan diri disana dan terus sujud yang tiada akhirnya menebus segala dosa yang diraih dikala senang dan bahagia dengan kemewahan dan kebangaan harta serta permainan dunia hingga ke akhir zaman...

"Duhai yang maha Pencipta, mohon Si Kerdil ini diperkenankanMu.. Kau pinjamkanlah kekuatanMu kepada Si Kerdil yang diselubungi dosa yang tidak terhitung banyaknya dan Engkau makbulkanlah Ya Rahman, Yang Maha Pendengar, agar Si Kerdil ini dapat kerumahMu ditahun hadapan tanpa sebarang halangan... Engkau bukakanlah pintu rezeki seluruh ahli keluargaku dan insan-insan yang sebutkan didalam hati ini.. kurniakanlah ya Allah, hidayahMu, rahmatMu, kebahagiaan, kemewahan serta kesenangan kepada mereka semua. Dan janganlah Engkau melalaikan serta melekakan mereka semua atas segala apa yang telah Engkau kurniakan hingga mereka lupa dan lalai untuk menunaikan segala apa yang telah dipertanggungjawabkan keatas kami hambaMu yang serba kekurangan lagi hina disisiMu... Perkenankanlah dan makbulkanlah Ya Alah permintaan Si Kerdil ini... amin Ya Allah.."


Labbaik ALLAHuma Labbaik, 
Labbaika La Sharika Laka Labbaik,
In-nal-hamda, Wan-ni'mata, Laka Wal-mulk, La Sharika Lak.

Tuesday, 8 October 2013

Buntu..

keluhan demi keluhan...

Itu sahaja yang dapat disimpulkan... sudah tidak terdaya nk berkata apa...
Terlalu banyak perkara yang berlaku dan terlalu cepat masa berlalu pergi... 

like wise-men says..
Sesungguhnya setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya yang tersendiri. Hanya yang Maha Esa sahaja yang mengetahui akan hikmah disebalik apa yang berlaku mengikut kehendakNya.

Pada awalnya,
memang Si Kerdil ini terlalu leka dan sibuk dengan tugasan harian pekerjaan. Hinggakan waktu rehat dan makan turut ditinggalkan atas sebab yang mungkin ramai pihak tidak akan bersetuju iaitu sibuk dengan kerja. Ya! memang Si Kerdil ini terlalu taksub dan leka dengan tugasan harian kerja. Dalam erti kata lain bekerja 24/7. Sehinggalah sampai disuatu saat, "beep..!! beep!!" telefon bimbit berbunyi (pesanan ringkas)


"Ding! Dong!"
eh! hari ulang tahun kelahiran Si Kerdil ini ke??
Apa sudah jadi..??

entahlah...

keluhan lagi....


Semalam Si Kerdil ini dikejutkan dengan satu lagi berita yang memranjatkan diri Si Kerdil. Namun ia tidak bermakna bahawa Si Kerdil ini berhenti seketika semasa menjalankan tugasan yang sama penting dengan berita yang diterima melalui sistem pesanan aplikasi "Whats App". 

Diringkaskan cerita,
Ibu ku tidak pulang kerumah sejak awal pagi.. entah kemana dia membawa diri merajuk hati, Si Kerdil ini tidak mengetahui. Menerut dari berita dari sumber-sumber informasi dari seberang, selepas suatu perkara / situasi berlaku, ibuku terus menghilangkan diri tanpa diketahui ahli keluarga terdekat dan kemana hala tujunya. Pelbagai cara menghubungi beliau tetapi kehampaan diakhir jalan.

Didalam kesibukan bekerja dengan tugasan yang senantiasa mencabar, Si Kerdil ini cuba menghubngi beliau melalui pesanan ringkas. Apa yang Si Kerdil ini mentafsirkan dari cara dan maksud tersirat pesanan ringkas yang dibalas beliau, mungkin berlaku perselisihan pahaman antara beberapa pihak terbabit.. atau mungkin ianya berkait rapat dengan masalah kewangan dan atau perkara lain yang tidak dikenal pasti punca akibatnya.

Tekanan semakin hebat apabila masalah kesihatan berulang kembali.. ditambah pula dengan masalah ditempat tugas yang mencabar kesabaran dan kekuatan mental. 

Buntu!!
pemikiran semakin berserabut..
keadaan menjadi lebih tegang apabila bertambahnya masalah-masalah remeh dipersekitaran. Akal terhenti buntu mencari jalan penyelesaian. Tiada jalan pintas untuk menyelesaikannya. Dalam masa yang sama, hidupan harian mesti diteruskan...

Hajat dihati ingin berkongsi dengan teman, rakan dan atau sahabat dengan tujuan "to get out from the box" tetapi hampir kesemuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Dimana Si Kerdil ini mengadu, mencari "bahu" yang boleh dipinjamkan untuk seketika melentukkan kepala.. berkongsi untuk mencari jalan penyelesaian....???

Keluhan sahaja yang diperolehi dijalan akhir...
Disaat Si Kerdil ini pulang kerumah dengan keletihan mental dan fizikal tubuh badan memikirkan pelbagai masalah yang berlaku, terduduk sebentar disebuah kerusi ditaman rekreasi berhampiran dengan kawasan tempat tinggal... menghembus nafas dengan keluhan hingga menitis air mata Si Kerdil ini tanpa disedari. Disangkan gerimis.. rupanya titisan air mata mengenangkan keadaan yang berlaku...

Jauh dilubuk hati kecil ini berkata...
".. dan sesungguhnya aku tidak berada didalam keadaan berwuduk tetapi ku yakin Kau mampu mendengarnya dengan terang, jelas dan nyata... Ku merayu padaMu Ya Allah, Kau pinjamkan lah kekuatanMu kepada ku untuk menempuh ujianMu seorang diri. Dosa ku terlalu berat jika dibandingkan dengan pahala dan amalan ku sepertimana yang telah dipertanggungjawabkan keatas diriku..bantulah aku jika ini caraMu menghukum diri ini demi membersihkan dosa lampauku..."

....