Tuesday, 8 October 2013

Buntu..

keluhan demi keluhan...

Itu sahaja yang dapat disimpulkan... sudah tidak terdaya nk berkata apa...
Terlalu banyak perkara yang berlaku dan terlalu cepat masa berlalu pergi... 

like wise-men says..
Sesungguhnya setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya yang tersendiri. Hanya yang Maha Esa sahaja yang mengetahui akan hikmah disebalik apa yang berlaku mengikut kehendakNya.

Pada awalnya,
memang Si Kerdil ini terlalu leka dan sibuk dengan tugasan harian pekerjaan. Hinggakan waktu rehat dan makan turut ditinggalkan atas sebab yang mungkin ramai pihak tidak akan bersetuju iaitu sibuk dengan kerja. Ya! memang Si Kerdil ini terlalu taksub dan leka dengan tugasan harian kerja. Dalam erti kata lain bekerja 24/7. Sehinggalah sampai disuatu saat, "beep..!! beep!!" telefon bimbit berbunyi (pesanan ringkas)


"Ding! Dong!"
eh! hari ulang tahun kelahiran Si Kerdil ini ke??
Apa sudah jadi..??

entahlah...

keluhan lagi....


Semalam Si Kerdil ini dikejutkan dengan satu lagi berita yang memranjatkan diri Si Kerdil. Namun ia tidak bermakna bahawa Si Kerdil ini berhenti seketika semasa menjalankan tugasan yang sama penting dengan berita yang diterima melalui sistem pesanan aplikasi "Whats App". 

Diringkaskan cerita,
Ibu ku tidak pulang kerumah sejak awal pagi.. entah kemana dia membawa diri merajuk hati, Si Kerdil ini tidak mengetahui. Menerut dari berita dari sumber-sumber informasi dari seberang, selepas suatu perkara / situasi berlaku, ibuku terus menghilangkan diri tanpa diketahui ahli keluarga terdekat dan kemana hala tujunya. Pelbagai cara menghubungi beliau tetapi kehampaan diakhir jalan.

Didalam kesibukan bekerja dengan tugasan yang senantiasa mencabar, Si Kerdil ini cuba menghubngi beliau melalui pesanan ringkas. Apa yang Si Kerdil ini mentafsirkan dari cara dan maksud tersirat pesanan ringkas yang dibalas beliau, mungkin berlaku perselisihan pahaman antara beberapa pihak terbabit.. atau mungkin ianya berkait rapat dengan masalah kewangan dan atau perkara lain yang tidak dikenal pasti punca akibatnya.

Tekanan semakin hebat apabila masalah kesihatan berulang kembali.. ditambah pula dengan masalah ditempat tugas yang mencabar kesabaran dan kekuatan mental. 

Buntu!!
pemikiran semakin berserabut..
keadaan menjadi lebih tegang apabila bertambahnya masalah-masalah remeh dipersekitaran. Akal terhenti buntu mencari jalan penyelesaian. Tiada jalan pintas untuk menyelesaikannya. Dalam masa yang sama, hidupan harian mesti diteruskan...

Hajat dihati ingin berkongsi dengan teman, rakan dan atau sahabat dengan tujuan "to get out from the box" tetapi hampir kesemuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Dimana Si Kerdil ini mengadu, mencari "bahu" yang boleh dipinjamkan untuk seketika melentukkan kepala.. berkongsi untuk mencari jalan penyelesaian....???

Keluhan sahaja yang diperolehi dijalan akhir...
Disaat Si Kerdil ini pulang kerumah dengan keletihan mental dan fizikal tubuh badan memikirkan pelbagai masalah yang berlaku, terduduk sebentar disebuah kerusi ditaman rekreasi berhampiran dengan kawasan tempat tinggal... menghembus nafas dengan keluhan hingga menitis air mata Si Kerdil ini tanpa disedari. Disangkan gerimis.. rupanya titisan air mata mengenangkan keadaan yang berlaku...

Jauh dilubuk hati kecil ini berkata...
".. dan sesungguhnya aku tidak berada didalam keadaan berwuduk tetapi ku yakin Kau mampu mendengarnya dengan terang, jelas dan nyata... Ku merayu padaMu Ya Allah, Kau pinjamkan lah kekuatanMu kepada ku untuk menempuh ujianMu seorang diri. Dosa ku terlalu berat jika dibandingkan dengan pahala dan amalan ku sepertimana yang telah dipertanggungjawabkan keatas diriku..bantulah aku jika ini caraMu menghukum diri ini demi membersihkan dosa lampauku..."

....

No comments:

Post a Comment