Sunday, 26 May 2013

Its "which of which"

"...aku menulis dari kata hati..."

bismillahirrahmanirrahim..

terlalu banyak yang ingin dikongsikan didalam Life Interpretation ni, malangnya masa terlalu cepat berlalu pergi, mengejar kaki dan tenaga tidak kesampaian Namun tetap Si Kerdil ini mencari ruang untuk mengemaskinikan blog yang tak seberapa. Blong yang hanya menjadi sahabat yang teramat sejati kerana dimana jua Si Kerdil ini berada tidak kira didalam situasi apa pun, Life Interpretation tetap bersama Si Kerdil ini. Susah dan senang, gelak tawa dan tangisan berjurai Life Interpretation tetap setiap bersama Si Kerdil ini dan tetap Life Interpretation ini menyedikan ruangan untuk Si Kerdil ini mengadu nasib, meluahkan segala isi hati sebagai perantara kepada my Loyal Silents Reader's.

Its a very hard week I had experienced - I mean very hard week. Itu saja yang dapat Si Kerdil ungkapkan secara kesimpulannya. But in the end, I had my own peacefull moments although it only took just for a moment. Syukur Alhamdulillah...

Bermulanya dengan membuat keputusan yang mana ianya akan merubah cara penghidupan, pemikiran dan mungkin pengurusan masa adalah sesuatu perkara yang sukar untuk kita (sebagai manusia dan hambaNya) untuk melakukan seorang diri. Keputusan yang bakal diambil tersebut akan melibatkan ramai pihak, dari keluarga, teman, rakan dan juga para sahabat yang mengenalli dan rapat dengan kita. Mungkin ada sesetengah pihak bersetuju dan boleh menerima dengan hati yang terbuka berikutan keputusan yang kita ambiil. Ada pula yang tidak dapat menerimanya dan mungkin membantah, menentang habis-habisan serta ada yang memberontak (mungkin) demi untuk kebaikan kita atau terdapat message yang tersirat yang transparent yang kita overlooked atau mungkin "buta mata hati". Apa pun keputusn yang akan diambil haruslah kita kembali kepadaNya untuk memberi hints atau pertunjuk apa yang terbaik untuk diri kita dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau sebaliknya. Itu adalah jalan atau cara yang paling terbaik sebelum kita membuat sesuatu keputusan. Indeed memang sukar tetapi tahap kesabaran yang semaksima mungkin, insya Allah, Allah S.W.T akan membantu hambaNya yang memerlukan pertolongan dan bantuan dikala kita diuji atau didalam situasi yang memerlukan kita untuk duduk dan memikirkan aspek-aspek yang terlibat dan any circumstances that may or might occured to all peoples around us. Like I said earlier, its a very hard week i had experienced before.

Didalam masa yang sama juga, ditambah pula dengan masalah kesihtan yang tidak stabil. Batuk yang berpanjangan (i think it almost 2/3 weeks), sakit kepala yang tidak reda yang kini mencecah hampir kepada 3 minggu berturut-turut hingga mengakibatkan Si Kerdil ini terlantar di hospital. Then on the other hand's family issues yang dah makan dek zaman di cungkil sekali lagi dan tiada jalan penyelesaian ditemui, personal life, harta pusaka yang sekangkang kera menjadi rebutan daripada 6 adik-beradik... woooaaaa!!!!!

Terlalu hebat ujian yang dikurniakan keatas Si Kerdil ini. Bukan merungut dan atau mengeluh, apatah lagi mencari simpati dan atau bela kasihan atau mungkin menjaja cerita dan membuka pekong didada. Tetapi ianya hanya sekadar satu luahan kata hati tanpa suara untuk berkata-kata dan mungkin boleh dijadikan sebagai pengajaran, panduan atau hiburan untuk semua (tiada pengkhususan bagi mana-mana individu atau kumpulan tertentu). Mungkin ada pembaca yang terdetik didalam hati mereka berkata "wow! this guy very strong!!" dan atau sebaliknya. Tapi, as we all well known, like wisemen says "bahu yang memikul tak sama dengan mata yang memandangnya" Cuma Tuhan sahaja yang tahu akan beban yang dipikul, dosa yang didukung, dengan hujan pahala yang berpanjangan tiada henti untuk Si Kerdil ini.


Memilih, dipilih atu terpilih..
Berkorban, terkorban atau mengorbankan diri..
menggadai atau tergadai...

itu adalah options yang diberi didalam hidupan setiap manusia dimuka bumiNya ini. Its getting complicated that you ever imagine i supposed... if you found out that its getting more complicated or hard for you to take it, stop reading this blog and log on into youtube and website that can make you feels better and pleasure to leanback nd relax like you enjoying your "cup of coffee with your favourites dessert". Others wise, proceed and tell me i didnt warned you...

OPTION in our lives is like blood in our body. Its all about to choose "which of which". We may or might returning back to our past or path BUT it definately will be the same as what we aspect it to be. Sometimes, yes! we have too but again, its a matter o CHOOSE WHICH OF WHICH.

Rasanya sudah memadai untuk Si Kerdil ini berkongsi what I've experienced in lives for 33years. Still have a very long journey to go and a lot of things to treasure and fun adventures moments to deal with..

Anyway, back to the previous week...
In the end of the week, here i am.. i had my own peace. Walaupun hanya untu seketika namun utilised the moments given by, wisely in a appropriate manner.

Mungkin ada sesetengah pihak realized or perhaps overlooked at. Mungkin sebab terlalu asyik menikmati pembacaan Life interpretation yang mana terlalu banyak kisah sedih, tentang seseorang, about lives of one unique single boy, kisah silam dan banyak lagi. Ada disuatu ketika Life Interpretation ini terlalu tertumpu kepada sesuatu situasi atau perkara dan ada pula terlalu tertumpu kepada individu dan atau kumpulan. Well, its all about HUMAN INTERPRETATIONS. I can't stop them to interpret from what they wish to interpret or saying nor thinking after what they have read. Like i said, its about human interpretation and choose which of which. Each one of us ada hak untuk berkata-kata. Its uncontrollable. On top of it, this Life Interpration was writen dari kata hati bukan dari mata yang melihat dan bukan dari akal yang senantiasa berfikir 24/7. I definately wont stop anyone whoever read it to express their feeling towards what they've read. There is a comments column provided, do feels free to write your comments as how you wish it to be.. I will make myself available to response as soon as possible. (do aware which the statement's aboved strictly does not not specified to any particular individu nor group. Its the matter of promoting the comments column instead). So, no heart feeling and infact i did mention earlier, if you found out that there is a difficulty for you to continue readingnit, so stop and log on into youtube or any web browser that will be your "cup of coffee with your favourites deserts".

Harap tiada mana-mana pihak yang terasa hati berikutan statement seperti yang diatas. Dan selepas ini, disetiap status update didalam Life Interpretation ini akan senantiasa berwaspada dan isya Allah dan tidak akan tertumpu kepada mana-mana pihak, individu dan atau kumpulan yang terlibat secara langsung atau sebaliknya. Selepas ini segalanya akan ditulis lebih kepada GENERAL with no specifications.

Yes, Si Kerdil ini akui bahawa memang ada strements atau situasi yamg terlalu tertumpu kepada sesetengah individu dan kumpulan. Mohon maaf jika ada mana-mana pihak terasahati. Walaupun kita seperti sedia maklum bahawa memang sukar untuk kita menerima kebenaran dan perubahan tidak kiralah samada ianya mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Tetapi itulah hakikat sebenar dan itulah kenyataan. Kita perlu penerimanya dengan seikhlas hati dan dengan hati yang terbuka.

Life Interpretation ini akan mengubah cara dan konsep penulisannya untuk santapan pembaca. Seperti yang sedia maklum oleh pihak admin bahawa ranking dan rating pembaca kini telah menjelajah keseluruh pelusuk dunia dan ramai yang memberi tindakbalas yang... wow!! Terima Kasih and thank your time to read it. Thats the only phrase i can say..

Rasanya, sudah tiba masanya untuk Si Kerdil ini berehat seketika sebab kesakitan dikepala ini semakin menjadi-jadi dan semakin menusuk. Terima Kasih kerana membaca dan terima kasih kerana mengikuti perkembangan Life Interpretation dari mula hinggalah disuatu saat dimana Life Interpretation ini akan melaburkan tirainya. Dan sekiranya ada mana-mana pihak ingin membukukan dan atau ingin melayarkannya di Panggung Skrin, dipersilakan. Tiada loyalty akan Si Kerdil ini tuntut cuma pastikan bahawa Si Kerdil ini benar-benar kembali ke rahmantullah...

Assalamualaikum dan terima kasih...
kita jumpa dilain ketika jika ada kesempatan - insya Allah.
maaf sekali lagi jika ada yang terasa hati dan atau tersinggung. Mohon maaf sekali lagi.

Friday, 24 May 2013

Masa memanjakan Diri..

... bismillahhirrahmanirrahim...

diketika saat memanjakan diri, menghiburkan hati - mungkin..
inilah antara aktiviti yang dilakukan Si Kerdil ni tidak kiralah samada bersama teman dan atau bersendirian...


vegetarian pasta


ice cream (chocolate and vanilla)
make me happy and smilling


An American Breakfast style
is one of my meals whenever I'm on vacation if I check-in at any hotels


Vienetta Ice Cream..
speechless.. just taste it.. I'm so in love with all this..


Tuesday, 21 May 2013

All by myself now..

Feeling very scared now..

I must be very strong than before. I see the clear picture now.. i'm dealling with it once again and this time i'm dealling with it all by myself. Jika ini apa yang ditakdirkan dan apa yang ditentukan olehNya, well lets do it...

I am ready for everything.. i do i am ready now...

To all my loyal silents readers, there will a short break for me to write this blog.. it just for a moments or two...

Assalamulaikum semua...

New Missiom 2013..

bismillah hirrahman nirrahim..

woaa.. its been a crazy busy week.. everything going upside down.. uncontrollable at first moments, but somewhere in the middle, I manage to handle it. Syukur Alhamdulillah..

Good day to all my silent readers - i mean my loyal silent's readers...
what a short and simple intro huh!!

Kinda blank actually, can't identified which and where to start so i think would be better if i go for short and simple intro. Anyway, I wont write much in here for this time and perhaps after this, i mean may be on June 2013 probably I will be busy with my new mission for 2013 given by someone and busy with the returning of designing world-crazy design world should i claim the perfect phrase.

Yup!!
indeed I will returning myself back to design world whereby i left it in my "baggage" for almost 2 years (if i'm not miscounting). Its kind a a bit long scenario i had experienced recently, but hey! it open my mind.. like i used to said "ring my bell" or "someone knock my door and say wake up man..!" yeahh.. sort of like that. As my health status not in stable enough, though i have to move on. Was warded due coughing very bad and non stop, difficulities in breathing.. yeah something like that. By the way, thanks for those who concern and wish me a good great health and get well soon... Thank you very much.. Big hug to all of you.

If I'm not mistaken, I had a great lecture from someone.. owh my God!! I can't believe that I've been lectured.. huhuhu.. silly me... but... thanks for that such person (which not to be name). And i know all of you love me very much. The best part was, I've been given a mission to stop my very bad habbit's which i supposed most people do hate it very much - SMOKING!!

Quiting smokin - that is the mission given by. I will take that mission with open heart and with another mission which not because of that such person ask me nor wanted me to do so, but because my health, because i want to hold one of my friend's children, because i wanted to quit for long time but i failed, and because Allah S.W.T

Insya Allah dengan izin Tuhan moga dipermudahkan niat yang murni ini.. amin...

I set my target somewhere within this year I'm free from smoking (insya Allah), probably after end of Ramadhan or perhaps before the year end. But I don't think i can do it alone. I need a moral support from all of you out there specially those who close with and or those who know me...

Talking about my returning to design world, its been a very difficult situation which I've been offered with 2 different opportunities with great benefits behind each one of it and indeed there is slightly advantages and disadvantages. On top of it still very hard for me to make up my mind. Because both offered I do enjoy it like  "a cup of coffee with a slice of chocolate cake" and i do have an experienced before and that's really crack my skull's and squeezing my brain's till it drain and till i seek help from Allah on prayer mat and to all peoples around me. In the end, thank you once again someone gave me a hint and "light" to lead me to the silver lining somewhere in the dark zone.

"hahaha... what a boombastic phrases... its been quite a long time I never use those phrases..."

So! finally i made up my mind and my decision are final. I am coming back to design world with new trademark's fresh and more advance and high quality and more productive artwork will be given out. I will push myself above the human capabilities and expectations. Insya Allah... This time around, I will Allah S.W.T up front as my guide line so I will achieves my goal's next year to Umrah WITH someone and it will be full sponsored by me. Insya Allah. amin ya Allah.. amin ya rabbal a'lamin....

What a shocking surprises huh!!
I supposed some of you my loyal silent readers keep on questioning me who that such lucky person. It will not be revealed in here.. as usual, everything will be transparent as in order to respect your personallity.

well,
that's all for today update. Insya Allah dengan izin Allah S.W.T dan jika dilanjutkan umur ini tercapai jua segala misi seperti yang diatas dan semoga dapat lagi Si Kerdil ini berkongsi Human Intrepretation and Human Expectations.

Assalamua'laikum....

Tuesday, 14 May 2013

kaulah sahabat...



"jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita"

the above statement's was given by someone I called SAHABAT. The true sahabat which I lost for how many year ago.... Honestly, this person are far better than my previous sahabat that i ever had in my life before. With this, it doesn't mean people around me not good nor kind to to me. You all are my friends, indeed each one of you have your own kindness and speciality and unique deep in yourself. And I love you all. Big hug to all of you..

back to my statement above...

Disuatu ketika dulu, Si Kerdil ini ada memiliki seorang sahabat. It was 15 or 10 years ago if I'm not mistaken. Kami berkenalan dan berjumpa didalam bas sewaktu pulang dari tempat kerja. Sungguh pun kami satu tempat kerja, tapi kami tidak terlintas dan terniat untuk bertegur sapa dan apatah lagi untuk dijadikan kawan. Tapi, Allah tu kan maha kaya lagi maha mengetahui akan segalanya. Sehinggalah disuatu ketika, kami ditakdirkan untuk bertemu didalam bas awam dan ditakdirkan untuk duduk bersebelahan. Masing-masing dengan ego dan kesombongan yang tertinggi. Hampir beberapa kali kami duduk bersebelahan namun tetap tidak bertegur sapa. Sehinggalah disuatu hari kami bertegur sapa, berbual dan akhirnya kami pulang kerja bersama, dan jika ada masa terluang kami akan keluar bersama. Seterusnya kami teruskan hubungan kami sehinggalah kami menjadi rapat dan akrab dan terus bersahabat sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat jangkitan penyakit Hepatitis B yang dijangkiti oleh sepupunya dikampung halamannya.

Susah senang kami bersama, bergurau senda, tidur sebantal dirumahnya, bergaduh dan berbaik semula dan banyak lagi. Dia yang jauh lebih muda 3/5 tahun tapi dia meninggalkan  dunia lebih awal dari Si Kerdil ini. Sewaktu arwah ibunya masih hidup, disetiap hujung minggu, Si Kerdil ini sering menghabiskan masa berhujung minggu bersama dia dan arwah ibunya.

3 bulan selepas dia meninggal dunia, Si Kerdil ini disyak menjangkiti penyakit yang sama. Mengikut apa yang dikatakan oleh doctor, besar kemungkinan jangkitan berlaku apabila adanya perkongsian dengan si pembawa penyakit tersebut dan atau mungkin juga jangkitan berlaku ketika melawat dia Si Kerdil ini tidak memakai mask dan operation robe ketika dia dimasukkan kedalam ICU ward. Sebab disuatu ketika dulu, pernah Si Kerdil berkata, jika nyawa ni boleh digadaikan demi untuk kebahagian dia, aku sanggup lakukannya.

Allah lebih menyanyagi dia.... Keluarga beliau sudah menjadi sebahagian daripada hidup ini. Beberapa bulan selpas beliau meninggal dunia, seluruh ahli keluarga beliau berpindah ke kampung halaman untuk memulakan hidupan baru. Sejak dari itu, Si Kerdil terasa kesunyian dan kesepian. Beliau lah sahabat yang pertama dalam hidup ini.

Beberapa tahun kemudian diri ini ditemukan lagi dengan seorang insan yang pada mulanya kami hanya berkawan biasa sahaja dan tingkah lakunya saling tak tumpah seperti arwah.. namun dalam hati ini berkata tidak akan ada pengganti beliau yang boleh menjadi sahabat dalam hidup ini. Tapi akur diri ini terhadap kuasa Allah, kami ditakdirkan menjadi rapat dan akrab. Dari bujang hinggalah sudah berumahtangga, dari menyewa hinggalah memiliki rumah sendiri, dari memiliki motor hinggalah memiliki 2 buah kereta dan sebuah motor berkuasa tinggi. Diakhirnya, Allah lebih menyanyangi dia dan meninggal dipagi hari raya pertama sebelum solat aidilfitri akibat daripada heart failure.

Selepas dari itu, Si Kerdil ini akan cuba mengelak dan menjauhkan diri untuk mempunyai sahabat lagi. Cukup sekadar kawan biasa sahaja. Tapi, dengan kuasa Allah S.W.T sekali lagi diri Si Kerdil ini ditemukan dengan seorang insan yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya.

Bukan niat dihati ini untuk memuji dan atau mengagungkn dia, tapi inilah kebenarannya. Secara jujurnya, tahap kesihatan diri sejak kebelakangan ini agak tidak begitu baik. Sudah bermacam-macam penyakit wujud dalam tubuh badan Si Kerdil ini sehinggakan ada terlintas didalam hati ini untuk giving it up. To surrender sebab da sanggup nak lalui semua ni. Disusuli pula dengan niat yang baik dijadikan satu isu yang amat sangat tidak dapat diterima akal manusia normal.

Dipendekkan cerita, memang Si Kerdil ini dah give up walau pun pernah berkata mulut ini kepada dia yang Si Kerdil ini tidak akan give up. Tapi, derita yang dilalui Si Kerdil ini hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana remuknya, hancurnya hati ini apabila dikhabarkan yang niat baik Si Kerdil ini untuk menunaikan umrah tahun hadapan menjadi satu isu yang kononnya Si Kerdil ini tidak ingin memberitahu pihak keluarga Si Kerdil ini untuk mengerjakan umrah dengan melalui agensi negara yang mana...


astarfirullah hal a'zim....

entahlah... dah tak tahu nak cakap apa lagi. Memang tak dijangkakan perkara ini boleh berlaku. Sememangnya sungguh hebat ujian Allah tahun ini. Terlalu hebat. Jika tidak, masakan Si Kerdil ini giving up himself...

But mujurlah dia hadir dalam hidup ini. Kerana pernah diri ini diberitahu yang seumur hidupnya belum pernah lagi dia kehilangan mana-mana sahaabat dan atau teman dan rakan. Memikirkan tentang keadaannya yang kini umpama bayi yang baru pandai merangkak, tidak sampai hati pula memilhat akan apa terjadinya pada dia jika Si Kerdil ini pergi mninggalkan dia untuk selamanya. Dia yang terlalu baik melayan diri ini sungguhpun dia tahu yang diri ini terlalu jijik dimata masyarakat dunia, namun tetap dihatinya untuk terus berkawan.

Sungguh amat tidak berperikemanusiaan langsung diri ini terhadap dia. Entah apa yang difikirkan Si Kerdil ini diketika itu sehinggga ingin meng-suicide-kan diri dengan tidak mengambil ubat-ubatan dari hospital. Kononnya dengan cara begini maka penyakit yang ada didalam tubuh badan ini akan menjadi teruk, lalu kritikal dan kronik seterusnya... teeettt... "sorry we try our very best to save him but... i'm sorry" berkata doktor pakar yang merawat.

subhanallah....

But Syukur Alhamdulillah....
kerana dia, Si Kerdil ini mematahkan semangat untuk giving up dan sekaligus membuat satu keputusan demi untuk kebaikan semua pihak, yang mana rawatan susulan akan berkuat kuasa pada minggu hadapan di Singapura. Kerana dia telah membuka semula mati hati ini yang suatu ketika gelap dan berpemikiran terlalu cetek dan mencari jalan pintas untuk menyelesaikan kekusutan yang masih lagi belum bertemu jalan keluar.

Terima kasih sebab you open my eyes to identified which is which instead of shortcut to ends this complication. Engkau lah sahabat...


"..sepandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua jatuhnya.."

like wisemen says...

"..sepandai-pandai tupat melompat, ke tanah jua jatuhnya.."

Hidup kita di kelilingi ramai kawan, teman, rakan dan sahabat. Dan apabila kita di landa kemurungan atau apa jua masalah, mereka inilah tempat kita meluahkan isi hati kita. Tapi mungkin tidak semua kita luahkannya... mungkin ada yang lebih selesa mengadu nasib, meluahakan isi hati dengan ahli keluarga, mungkin adik beradik dan atau ibu dan bapa (bagi yang rapat dengan ahli keluarga). Bagi yang lebih selesa dengan sahabat, mka disitulah tempat mereka meluahkan isi hati yang terpendam nun jati didalam suatu sudut hati yang membuatkan kemurungan. Tapi ada juga yang lebih selesa dengan hanya menulisnya diatas sekeping kertas dan mungkin membina blog dan sebagainya. Masing-masing menpunyai cara masing-masing yang lebih selesa meluahkan kata hati yang terpendam dan ada juga yang meluahkannya dengan cara yang agresif atau melakukan sesuatu dalam bentuk praktikal seperti, sesuatu aktivi yang mungkin ianya adalah salah satu hobi dan atau sesuatu yang boleh memberhentikan minda kita untuk berhenti memikirnnya untuk seketika. In the end, simply pick which is which is your way to let it out..

Actually, there is something BIG happening last night. VERY BIG i mean. Memang agak memeranjatkan diri ini but, like I've mentioned as the tittle writen, and that's it... Indeed, recently ni I'm not a great health. It was before my trip to some part of Malaysia (which i refuse to mention it in here).

Had a very bad cough, headache and some others things that occured my healthy. Pitty merite, perhaps not because.. well if there is any silent reader's out there reading it, he/she know me very well... me just nothing but skinny freaking boy the last species and stubborn.. very stubborn. Indeed i am very the KEPALA BATU.. and DEGIL.

So yesterday after solat maghrib, i think... kepala ni da macam nk meletop. My cough, owhman.. speaking of the devil.. hahaha.. damn me.. so i simply took 2 tablet of panadol extra and rest myself in the room. Fall asleep for few hours and suddenly terdengar suara orang yang familiar sangat and mentioned some of the name that i know them.. when i open my eyes, wow!! it was my Kak Odah.. in my mind were saying.. "I'm a dead-man".

We had a long conversation, i mean a very long conversation and there is a slight yelling, and shouting in between. Should i say a small fight? perhaps it is.. I've cancel my flight ticket, discontinue my medication and stop my medicine, quiting my job, and few others things i let go and drop it off from my "invisible extra baggage". At first, she not agree with my decision, but.., after yelling and shouting and then we both sitting at one corner, I'm smoking and she just looked at me and be silent for a moment. After a while, she came to me, took away my cigarette and hug me very tide.. (that's my weakness..)

So we start all over again. I mean our conversation. In that conversation, she mention,

"if you still stay with your dicision, i will respect that. But do open your eyes and mind widely like 'an eagle', see clearly you territory and think what may come in between.. if that is what you want, do not hesitate to proceed. I only watching back there. If you change your mind, there is 2 options either you go or we do it here. Tomorrow morning during our breakfast I'm expecting your answer. Sorry sayang I have to be firm with you this time. Think wisely. Think every aspect every angle, everyone, and everything. Everybody love youand everybody needs you and I need you too and so all the peoples that connected with-need you."


Sunday, 12 May 2013

Another...

Another...

Lagi Ujian Allah Untuk HambaNya....


...bismillahirrahmanirrahim...

syukur alhamdulillah kerana masih lagi dapat diri ini
menghirup udara yang dipinjamkan olehNya

before i start,
thank you very much for all my readers-my loyal silent readers.. never thought that my Life Expression have been viewed everyday and been read and or some of you out there somewhere been followed the latest update's. Thank you very much that i can say.

Yup!!
Recently my update's was quite long and I've changed my life path from abnormal person to a better life-insya Allah...

Anyway,
As it today Sunday May 12th 2013 is a Mothers Day. Everyone in this world will grab this opportunity to celebrate with their most respect and lovely mother's. Great.. keep it up. Love them, hug them, kiss them, take a great care of them, sacrifies for them, and do a lot of great things for them. To be frank, I'm not aware of this such a grand celebration. Sweet isn't it... As myself, I never celebrate that such event in mylife before. I used to be very busy person although I'm not busy I will keep myself very busy as in order to keep my brain moving, thinking, focused on what am I doing on that particular moment's and to keep on working, till I'm not aware of this grand event. The whole world celebrate this event-indeed they are.

Unlike previous year, this year is quite a little bit different than others year I've been through. During the Mother's Day eve, say about around after isyak someone "ring my door bell" which it turns my mood drastically from chilled and very relaxing into... I dont know how to write it down in here. What a deep breath taken.... Oh God!! Ya Allah sungguh hebat dan semakin hebat ujianMu kepada Si Kerdil yang lagi menjijikan disisiMu serta dimata masyarakat dunia. Mohon tingkatkan kesabaran dan semangat yang tertinggi kepada Si Kerdil ini untuk menempuhnya Ya Allah....

What happen was...,
Yesterday my mother, brother and his wife and child came over to where I stay  due to some others things which should i claim the words, HARTA DUNIA. We not much talking lately especially after the unforgetable incident. We seems like and outsider or visitor that come to your house or may be stranger that drop by to catch breath after a long walk and had a short conversation - yeah.. something like that.

So, after they all gone back, while I'm checking and figuring out about my fb's update, came a person "ring my door bell" regarding my umrah which I do planned next year I will be going there but still not yet finalized which of which the best month to go and from where my flight will be departed. I did mentioned to certain peoples that close and very close to me about it including my mother which is yesterday. At first I wish not to tell her, but on the other hands, as in order not to invites another unwelcome issues and so i decide to say it out loud.

She did asked me where and when I want to go. As I mentioned earlier and to the peoples that close to me, still not yet finalized it. So the isues here is, she said or perhaps WARNING (the best phrase) to that "someone" told me so, not  to hide anything (she means anything at all) about my umrah from her. Ya Allah hu rabbi.... astarfirullah hal a'zim... its UMRAH i want to do and to go to holly place not seeking a FUN moments nor vacations or perhaps looking for sex satisfactions back there at the holly ground. masya Allah.... 

I'm not shocking of the info given by, but I am very sad. Very very sad. How in the name of Allah she could ever think that far. Whats all this mean. Its UMRAH after all...


haishhh....

Thursday, 9 May 2013

A Little Tribute to...

"...ku tinggalkan kau pergi..."







...bismillahirrahmanirrahim...


Khas untuk tatapan semua pembaca blog ini... segala apa yang telah dibukukan didalam blog ini adalah bertujuan untuk dijadikan teladan bukan untuk menghina dan atau memalukan mana-mana pihak yang samada berkaitan mahu pun disebaliknya. Yang mana terbaik diambil sebagai contoh dan yang buruk dibuang jauh...

It may sound like the ending of my blog, but it is not. It just some of my thought that running wild in my mind so i need to let go freely...

Rasanya ramai pembaca diluar sana yang begitu loyal dan mungkin ada yang mengikuti perkembangan diri ini secara online instead of... well should i not to eloberate it in this blog. Seems like its not in a proper way nor a very good manner-indeed.

Anyway, thank you very much for those who keep on following this Life Interpretation. That all i can express my feeling towards you, my loyal readers (you know who you are) although i didn't mentioned any name since this blog been setup. Like i said again and again, it's all because to prevent and to respect that such person personalities.

Well...
Herewith somes of the picture that I do planned to be uploaded in this blog long time ago, but silly me, I've forgotten due to I'm so excited to my update.. Hahahaha.. silly me-old skinny freakin boy the last species...

Hope you enjoy viewing my pictures and feel free to comments, if you wish too... it's my great honor to have your comments...




Wednesday, 8 May 2013

kehebatan surah al-mulk


ku mulakan deangan.. 
...bismillahirrahmanirrahim...

disusuli dengan... al-fatiha..

diiringi dengan..
Ya Allah, ku sedekahkan Al-Fatiha ini kepada Nabi Muhammad S.A.W dan kepada sekalian ahli kubur yang lain tidak kiralah samada mereka mengenali akan diri ini mahu pun tidak. Dengan kuasaMu yang maha mendengar lagi pengasihani dan maha pengampun, mohon ku diperkenan olehMu ya Allah... ampunilah Ya Allah segala dosa-dosa ahli kubur serta Kau kurangkanlah ya Allah seksa azab kubur keatas mereka..

Ya Allah ya Tuhan ku, Maha segala puji hanya kepada Mu ya Allah...
Ampunilah ya Allah segala dosa-dosa ku, ampunilah ya Allah segala dosa ibu dan bapa ku, dosa adik beradik ku, seluruh ahli keluargaku, dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat tidak kira samada yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia.
Ampunilah ya Allah segala dosa rakan-rakan, teman-teman dan para sahabatku khususnya kepada sahabatku yang bernama...(not to be name in here)
ampunilah ya Allah segala dosa-dosa kami..
ampunilah ya Allah segala dosa-dosa kami..
ampunilah ya Allah segala dosa-dosa kami..

Tidak kiralah ya Allah samada dosa kami yang kecil, yang besar, dosa kami yang terdahulu, dosa kami yang sekarang dan mahu pun dosa kami yang akan datang...
ampunilah ya Allah segala dosa kami.

Kurniakanlah ya Allah pertunjuk dan hidayahMu yang seluas-luasnya kepada kami hambaMu dimuka bumiMu ini. Kurniakan juga ya Allah kekuatan dan semangat yang tinggi kepada kami demi untuk kami meneruskan penghidupan kami seharian dan demi untuk kami menempuh segala dugaan, rintangan dan liku kehidupan yang akan Engkau turunkan kepada kami hambaMu yang serba kekurangan lagi kerdil disisiMu.

Selamatkanlah kami ya Allah dari terjerumus kedalam api neraka jahanam..
Lindungilah kami ya Allah dari pelbagai hasutan syaitan dan jin yang boleh menyesatkan dan juga yang boleh merosakkan akhlak dan aqidah kami.
Hindarkanlah kami ya Allah daripada melakukan sebarang perbuatan dan atau percakapan yang dihina, dicaci lagi dikutuk dan dilagnat disisiMu ya Allah.
Engkau perliharalah kami, perliharalah kesihatan dan keimanan kami agar kami dapat terus sujud kepadaMu dan melakukan pekerjaan dan apa jua yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami sebagai hambaMu dimuka bumiMu ini.

Ya Allah ya Rahman Ya Rahim... maha suci hanya padaMu ya Allah...

Permudahkanlah ya Allah perjalanan hidup kami, Permudahkanlah ya Allah pekerjaan kami,
Permudahkanlah ya Allah pencarian pekerjaan kepada kami khusus bagi yang sedang mencari pekerjaan,
Permudahkanlah juga ya Allah pembelajaran kami setiap masa dimana jua kami berada serta,
Permudahkanlah ya Allah hari perhitungan kami kelak nanti.. Mohon doa dan permintaan kami diperkenan dan dimakbulkan oleh Mu ya Allah..

Terimalah ya Allah segala amal ibadat kami keranaMu ya Allah... perkenankanlah permintaan hambaMu ini..
perkenankanlah ya Allah...

Ya Allah ya Tuhan,
Sujudnya aku hari ini mohon keampunan keatas segala dosa yang telah diri ini lakukan dari kecil hinggalah ke hari ini...
ampunilah ya Allah segala dosa ku..
ampunilah ya Allah segala dosa ku..
ampunilah ya Allah segala dosa ku..

Permudahkanlah ya Allah perjalanan hidup ku.. permudahkanlah ya Allah segala urusanku didunia ini..
permudahkanlah juga ya Allah urusan mengerjakn umrah ku ditahun hadapan dengan rezeki yang halal yang akan ku perolehi kelak nanti..

mohon diri ini dan sekali para sahabat yang tidak ku namakan didalam ruangan ini dimurahkan rezeki,
Ditingkatkan kesihatan dan senantiasa dilindungi olehMu,.
mohon doa dan permintaanku diperkenan dan dimakbulkan olehMu ya Allah..
mohon amal ibadatku diterimaMu ya Allah..

amin ya Allah..
amin ya rabbal a'lamin....

doa harian khas untuk semua tidak ada yang terkecuali....

Tuesday, 7 May 2013

Percutian Di Shah Alam...

...bismillahirrahmanirrahim...

"misi 2013 tercapai sudah..."

syukur alhamdulillah tercapai juga misi bagi tahun ni.  rasanya tidak perlu diberitahu apakah misi tersebut. biarlah diri ini dan insan yang terlibat sahaja yang tahu akan apakah misi tersebut. bukan apa aku perlu menjaga hak keperibadian orang lain tidak kira lah samada beliau terlibat secara langsung atau sebaliknya. hati dan perasaan manusia kita tidak boleh menduga tapi dengan kurniaan panca indra yang dikurniakan kepada kita olehNya, mungkin kita dapat merasai hati dan perasaan seseorang tersebut.

apa pun percutian kali agak berbeza jika dibandingkan dengan percutian yang sebelum ini. kerana sebelum ini percutian tersebut ada yang melibat kegiatan dan atau unsur-unsur yang tidak bermoral dan hanya tercenderung kepada kepuasan dan kenikmatan dunia yang bergelumang dengan dosa dan penghinaan serta tidak mendatangkan apa-apa faedah. lokasi percutian seperti tajuk yang diatas, namun percutian kali ini adalah percutian yang penuh bermakna dan insya'allah jika diizinkan Allah S.W.T ianya tidak akan dilupakan dan tidak akan ditulis apakah aktiviti dan serta tidak akan ada gambar yang akan dimuat naikkan didalam blog ini. ini adalah persetujuan dari insan yang terlibat dan diri ini demi untuk menjaga keperibadian insan tersebut.

tapi,
beliau ada mengatakan bahawa, biarlah ianya menjadi memory didalam diri ini dan tidak perlu ditulis didalam blog ini. apa pun, diri ini tetap tidak akan berhenti daripada berterima kasih kepada insan tersebut kerana percutian kali ini addalah percutian yang paling dan tersangat bermakna didalam hidup ini.

setibanya di singapura malam semalam sekitar jam 0900 malam, badan menjadi semakin lemah, segala sendi terasa bisa, mata menjadi semakin hangat keupayaan untuk berdiri dan berjalan terbatas dan menjadi teramat lemah namun cekal hati dan semangat diri untuk tetap meneruskan kaki melangkah pulang. setibanya dirumah, minda berkata untuk merebahkan badan ini diatas katil dikelilingi dengan bantal yang ditinggal pergi selama 3hari 2malam tapi memikirkan solat yang tertunggak, langkah kaki terus mengambil wuduk dan menunaikan kewajipan yang seperti dipertanggungjawabkan kepada kita khalifah dimuka bumiNya ini.

selesai sudah solat, dada terasa sakit, kapala terasa teramat berat dan kesakitan yang suatu ketika dulu kembali menyerang di tempat yang sama... adakah...ermmm biarlah ianya menjadi suatu tanda tanya kepada sekalian pembaca diluar sana (jika ada). langkah kaki ini terus ke kamar mandi dan tiba-tiba terasa ada suatu lelehan cecair keluar dari hidung dan tidak lama kemudian diri tersedak lalu meludahkannya ke dalam sinki..

astarfirullah hal a'zim... subhanallah...
ya Allah... apakah ini....
gerun bercampur terkejut dengan kehadiran cecair yang pada mulanya disangkakan adalah kahak, tetapi ianya adalah darah yang tidak terasa akan kesakitannya dan tidak sedar akan keluarnya dari tubuh badan ini. tidak lama kemudian, telefon bimbit berdering... panggilan dari luar negara...

"where have you been? i thought you already coming back home yesterday and i can't get you on the phone... when you will coming here..? i supposed you already know that you are far away for you appointment...?"

setelah penjelasan diberikan, dan keputusan dimuktamadkan bagi kedua belah pihak, maka termertai janji dan kepulangan diri ini dinantikan seperti yang dijanjikan.

jauh didalam hati kecil ini berkata, jika ini yang ditakdirkan aku akur dan redha atas segalanya yang telah disusun dan ditetapkan kepada diri ini... namun tetap diri ini merasa takut kerana terlalau banyak dosa yang belum ditebus.. amal ku diterima ker..? semoga Allah mendegar bisikan hati si kerdil ini berkata-kata.

segala persiapan dan kelengkapan telah disiapkan seawal minggu lepas sebelum perginya aku bercuti. dan awal pagi tadi selepas solat subuh, satu lagi janji telah termertai antara diri ini dan mahkluk Allah. tidak perlu diberitahu hingga tiba masa yang tepat tiba, dan disahkan akan kesasihannya, maka tika itu terurailah segala apa yang terselindung disebalik tabir lutsinar dari pandangan mata kasar.

semoga apa yang dirancang tidak menyalahi dan direstui olehNya akan niat sebenar mengapa ini yang diinginkan dan dijanjikan oleh diri ini. harap tidak akan ada mana-mana pihak yang terasa hati dan atau berburuk sangka dan atau apa jua salah tafsiran atas penulisan blog  ini. mohon ampun dan maaf zahir dan batin.. mohon minta dihalakan segala makan dan minum jika ada...

sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui akan keikhlasan hati ini terhadap misi bagi tahun 2013 kepada insan terbabit. tidak akan ada balasan yang baik  dan atau setimpal dengan apa yang telah diberikan. 

Thursday, 2 May 2013

"...duhai Sang Pencipta yang Maha atas segalanya.. bantulah aku.."

Tak tahu nak mengadu dengan siapa.. tak ingin mengganggu teman-teman yang lain.. bimbang akan kesibukan mereka boleh mendatangkan kerisauan dan mungkin stress atau tekanan kepada mereka semua.. jadi disinilah tempat untuk diri ini meluahkan isi kata hati dan sujud disejadah menadah tangan mohon pertunjuk dari Allah S.W.T serta mohon kekuatan untuk mengharungi dugaan yang amat kuat ini...

Sejujurnya,
Memang terlalu lemah dan rapuh hati dan keimanan ini umpama rumah kayu yang terlalu usang menunggu masa dan tiupan angin untuk runtuh rebah menjunam ke bumi Allah ini...

Selepas solat Zuhor siang tadi, seperti biasa ku mohon doa, keampunan serta kurniakan pertunjuk dan hidayah kepada diri ini. Mohon keberkatan serta diterima amal dan dimakbulkan doa serta permintaan.. Sejurus selepas solat, bersiap sudah untuk menuju ke tempat kerja seperti hari-hari biasa. Makan tengahari yang setengah senduk nasi dipinggan putih berbunga tapi tak terdaya tekak ini untuk menelan rezeki yang dihidangkan oleh Makcik kesayang yang menjaga makan dan pakai diri ini. Menelan sebutir nasi umpama menelan batu jalanan yang berdarah basah.. meratah ayam goreng umpama meratah ayam yang masih hidup..

Subhanallah.. ya Allah..

Apakah erti semua ini..?

Apakah pertunjuk yang Engkau berikan pada diri ini..?

Jiwa mula resah gelisah.. ketenteraman tidak dirasai seperti hari-hari biasa..

Adakah ini bagaimana rasanya berdosanya diri ini kepada Allah S.W.T...?

Fikiran mulai terganggu.. pelbagai perkara dari dulu hinggalah ke hari ini bermain-main, berlegar-legar di minda yang dipinjamkan olehNya kepada diri ini...

Hanya dengan berbekalkan semangat yang sebesar kuman, langkah kaki ini diteruskan menuju ke tempat tugas. Melaksanakan tanggungjawab seperti yang dipertanggungkawabkan olehNya untuk terus hidup dibumi yang dipinjamkan. Namun, didalam perjalanan runsing difikiran ini, jiwa tidak tenang..masih tertanya-tanya apakah erti semua ini..? Apakah yang ingin Engkau-Ya Allah, ingin sampaikan dan atau memberitahu kepada si kerdil ini dimataNya..

Selamat sampai dikawasan tempat bertugas dan langkah menjadi berat. Menuju terus ke ruangan kawasan merokok untuk memikirkan teka-teki ini dan atau mengenalpasti apa pertunjuk yang dikurniakan kepada si kerdil ini...

3 batang rokok sudah habis disedut membakar paru-paru yang sememangnya sudah rosak menanti masa untuk hancur lebur. Tiba-tiba si kerdil ini mula teringat akan doa selepas solat zohor tadi... Mula hati kecil si kerdil ini berkata sambil memejamkan mata;

"Ya Allah ya Tuhan ku, jika ini yang terbaik untuk diri ini, aku berserah dan pasrah kepadaMu, jika sebaliknya ku mohon restuMu untuk kaki ini melangkah terus menuju ke tempat kerja ku dan menjalankan tugasku seperti hari-hari biasa..."

Hanya dengan mengikuti kata hati kecil ini disusuli dengan bismillah hirrahmanirrahim, melangkah kaki ini menuju ke tandas dan terus membuka uniform ini dan terus menuju ke pejabat tempat dimana ku bertugas dan terus memulangkan segalanya yang berkaitan dengan kerja berserta dengan sekeping nota untuk pengurus ku yang aku meletakkan jawatan serta merta dengan alasan peribadi.

Allah hu akbar!!

Pendirian hati kecil ini tidak berganjak walaupun seinci. Cekal hati ini berpendirian teguh memasak ke bumi bersandarkan pertunjuk dari Allah.

Selesai sudah.. langkah kaki ini menuju keluar dan meneruskan langkah hanya berpandukan apa kata hati ini. Terlintas sejenak kaki ini untuk melangkah masuk ke rumah Allah.. dan disinilah aku mula menulis luahan hati kecil ini. Ketenangan mula dirasai..

Inikah yang terbaik untuk diri ini...? Aku akur dan pasrah serta betserah kepadaNya.

Ya Allah, mohon diri ini permudahkan perjalanan hidup ku selepas ini... Bantulah aku ya Allah..bantulah hambaMu yang kerdil lagi hidup bergelumang dengan pelbagai dosa yang tak terdaya diri ini menanggungnya.. bantulah aku..bantulah hambaMu ini.. jika Engkau ini menjemput ku, izinkan diri ini menunaikan semua waktu solat seperti yang dipertanggungjawabkan kepada sekalian hambaMu yang lain dibumiMu ini...

Amin ya Allah..
Amin yarabbal alamin...

"Tentang Kita" - kisah cinta antara aku dan dia..

Kisah "tentang kita" antara aku dan arwah Mardiana Binti Zakaria
Kekasih pertama dan yang terakhir..



Segalanya akan terungkai dari mula detik pengenalan hinggalah ke nafas yang terakhir..

Dah macam drama plak kan blog aku kali ni... But this is how i express my feeling.. tidak ingin mengganggu teman-teman yang lain yang sedang sibuk mencari rezeki.. jadi.. inilah cara ku mengexpressi luahan dari dalam hati...

Mungkin ini saja yang dapat diri ini berasa tenang sejak semalaman aku berendam air mata mengenangkan kisah antara aku dan arwah..

Aju amat merinduimu Diana.
dan aku amat menyangi serta mencintaimu.. semoga kau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Al-Fatihah....

Wednesday, 1 May 2013

new chapter begin..

dear redears,

actually i have no idea of how and where to start my blog. It was since last night i tried so hard where and how to start...
well.., here we go again...

...segalanya bermula hanya menekan butang add friend dan tindakbalas disusuli dan kemudian bermulalah satu hubungan dengan berasaskan niat individu terbabit. Jika baik dan ikhlas niat individu tersebut maka mungkin berpanjanganlah hubungan tersebut jika sebaliknya, mungkin ianya akan berakhir dengan penuh rasa kekesalan dan atau kekecewaan.... Jadi kenalpasti dahulu niat kita sebelum menjalin sesuatu hubungan tidak kiralah samada dengan lelaki mahupun wanita...

Bercakap mengenai menjalin hubungan terutama sekali didunia siber yang 99% (mungkin) berpura-pura atau bermuka-muka terutama sekali hubungan jarak antara dua benua contohnya. pertemuan hanya didalam dunia siber.. komunikasi dan atau berweb cam disuatu ketika tidak serupa jika dibandingkan jika kita bertentangan antara 4 mata. Lebih akrab dan mungkin juga kita boleh mengenali individu terbabit dengan lebih rapat atau mesra.

Selain dari itu, didalam dunia siber juga kita dapat mngikuti perkembangan teman, kawan dan mungkin sahabat atau apa jua hubungan tersebut secara online (bergantung kepada individu terbabit jika dia mengemaskini profilenya).

begitulah intro nya...

...mengikuti perkembangannya mengingatkan akan diri ini disuatu ketika dahulu yang mana selepas sahaja aku taman pengajian tinggi, bermacam-macam dugaan yang datang melanda. Umpama ombak tsunami membantai sebuah sampan ditengah lautan tanpa sebarang bantuan kecemasan dan mungkin talian hayat serta perancangan yang kukuh. Dahsyatnya gelombang ombak tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui. 

Risau akan keadaan seorang insan ini (which not to be name-known as MZ) kerana dia umpama bayi yang baru pandai berjalan dengan tiada keseimbangan badan yang kukuh. Dia yang baru sahaja tamat pengajiannya dan baru saja mendapat kerja dengan adiknya juga baru mendapat kerja. Anak sulung dari 3 adik beradik (mungkin) semestinya tanggungjawab amat berat. Lebih-lebih lagi anak sulung lelaki. Skop tanggungjawab amat besar, masa depan, rumahtanggan yang akan dibina, hubungan dengan pasangan idaman hati, keluarga, ibu dan bapa serta adik beradik.. simpanan untuk masa kecemasan dan masa depan juga perlu diberi keutamaan. Kehidupan selepas berumahtangga, sakit pening diri sendiri, isteri, anak, ibu bapa dan ibu bapa mertua.. wow!!! memang hebat habaran akan ditempuhinya.

Kecekalan serta semangat yang tinggi serta jati diri yang kuat perlu ada.. mentaliti serta tahap keimanan yang tinggi serta kuat perlu ada untuk mengharungi liku kehidupan dari masa kesemasa.. pengurusan serta pengagihan sistem kewangan perlu pintar. Dari sini lah kita merasakan pentingnya duit dan pelajaran itu penting. Tetapi yang sebenarnya, jika dihalusi semula, duit itu tidak penting. Pelajaran itu penting tetapi sebagai satu plate form untuk meloloskan diri atau mempercepatkan langkah ke suatu peringkat yang lebih tinggi.

Ramai pakar ekonomi sering memperkatakan "pengurusan kewangan itu penting" dan ada pula yang mengatakan pelajaran yang tinggi itu penting. Tetapi hakikatnya adakah mereka (pakar ekonomi, kewangan negara atau dunia) menekankan;

"How we earn money to make MORE money"

semestinya jarang kita dengar atau tidak langsung diperkatakan oleh mereka. Perkara ini amat penting untuk mengharungi liku kehidupan untuk jangka masa yang panjang. Disekolah contohnya, adakah kita diajar bagaimana kita ingin menyesuaikan diri kita dengan dunia yang sebenar selepas kita tamat pengajian atau persekolah kita...? adakah ibu bapa kita memberitahu kita bagaimanakah kehidupan sebenar didunia yang nyata...? dan mengapa sering kali guru dan atau pensyarah serta professor sering memperingatkan kita akan pentingnya pelajaran daripada mengajar kita bagaimana untuk menyelesaikn suatu masalah...?

Kesemua jawapan diatas ada didalam otak kita sebab segala jawapan tersebut telah diabdikan sejak kita kecil dibangku sekolah.

Dan lazimnya kita selalu tersedar dan terpikir sejenak apabila suatu masalah itu melanda kita, khususnya masalah yang berkaitan dengan kewangan, bahawa begini lah sukarnya ibu dan bapa kita mencari rezeki untuk membesarkan kita hingga ke hari kita sedar akan susahnya mencari duit untuk hidup... adakah kita terlewat!?

sebagai seorang sahabat dan atau apa jua anggapan MZ terhadap diri ini, aku cuma mampu mengkongsi seberapa banyak ilmu atau tips berdasarkan pengalaman liku perjalanan kehidupan diri ini dari sebagai seorang pembersih bilik hotel yang bekerja lebih 8jam sehari hingga kehari ini atau mungkin ke hari terakhir diri ini menhirup udara yang sama seperti manusia lain.

tapi sememangnya MZ tak akan boleh lari dari semua liku kehidupan sebab ianya telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah S.W.T. Semua itu akan dijadikan pengalaman hidupnya untuk bekalan dan harta yang paling berharga untuk pewarisnya. Walau apa pun tak akan diri lupa untuk mendoakan yang terbaik untuk my MZ.

semoga dipermudahkan perjalanan hidup serta dipermudahkan dihari perhitung kita semua kelak, insya'allah... dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriyat yang soleh dan solehah serta senantiasa diperlihara oleh Allah S.W.T dari apa jua anasir-anasir yang boleh dan atau merosakkan rumahtangga beliau, aqidah serta akhlak yang juga boleh memudaratkan diri beliau, rumahtanggan yang dibina, seluruh ahli keluarga dan keturunan beliau.

doa itu juga bukan hanya untuk MZ tetapi untuk semua teman-teman yang lain, sahabat handai serta kawan-kawan yang mana mengenali diri ini mahu pun tidak serta untuk semua kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan juga mukminat..

Sememangnya setiap manusia dalam dunia punya pengalaman hidup masing-masing, pahit manis dan asam garam kehidupan yang tersendiri. Kesemua pengalaman tersebut membuatkan diri kita menjadi lebih matang dan lebih mengenali jati diri serta mengenali erti kehidupan yang sebenar-benarnya. Samada kita memperolehi pengajaran dari apa yang telah terjadi pada hidup kita atau sebaliknya. Hak memilih dan hak berfikir adalah hak individu yang tidak boleh dikawal oleh manusia. Gunakan segala kepandaian yang dianugerahkan kepada kita dengan jalan yang diredhaiNya. Restu ibu bapa adalah umapama satu lesen untuk kita memandu ke destinasi yang kita ingin tuju. Jangan sesekali kita bermain dengan ketentuan Allah S.W.T

Bukan senang untuk kita berdiri semula jika kita "jatuh". Lebih-lebih lagi apabila kita jatuh ke tanah suci Allah, lumpuh seluruh badan cuma kelopak mata serta kepala sahja yang boleh bergerak.. tiada tongkat mahu pun pautan untuk kita berpaut walau pun untuk seketika. Teman-teman lain hanya boley memandang kejatuhan kita serta boleh memberi semangat serta nasihat sahaja. Membantu jauh sekali... Waktu itu cuma ada kita dan diri kita sendiri