Tuesday, 14 May 2013

kaulah sahabat...



"jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita"

the above statement's was given by someone I called SAHABAT. The true sahabat which I lost for how many year ago.... Honestly, this person are far better than my previous sahabat that i ever had in my life before. With this, it doesn't mean people around me not good nor kind to to me. You all are my friends, indeed each one of you have your own kindness and speciality and unique deep in yourself. And I love you all. Big hug to all of you..

back to my statement above...

Disuatu ketika dulu, Si Kerdil ini ada memiliki seorang sahabat. It was 15 or 10 years ago if I'm not mistaken. Kami berkenalan dan berjumpa didalam bas sewaktu pulang dari tempat kerja. Sungguh pun kami satu tempat kerja, tapi kami tidak terlintas dan terniat untuk bertegur sapa dan apatah lagi untuk dijadikan kawan. Tapi, Allah tu kan maha kaya lagi maha mengetahui akan segalanya. Sehinggalah disuatu ketika, kami ditakdirkan untuk bertemu didalam bas awam dan ditakdirkan untuk duduk bersebelahan. Masing-masing dengan ego dan kesombongan yang tertinggi. Hampir beberapa kali kami duduk bersebelahan namun tetap tidak bertegur sapa. Sehinggalah disuatu hari kami bertegur sapa, berbual dan akhirnya kami pulang kerja bersama, dan jika ada masa terluang kami akan keluar bersama. Seterusnya kami teruskan hubungan kami sehinggalah kami menjadi rapat dan akrab dan terus bersahabat sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat jangkitan penyakit Hepatitis B yang dijangkiti oleh sepupunya dikampung halamannya.

Susah senang kami bersama, bergurau senda, tidur sebantal dirumahnya, bergaduh dan berbaik semula dan banyak lagi. Dia yang jauh lebih muda 3/5 tahun tapi dia meninggalkan  dunia lebih awal dari Si Kerdil ini. Sewaktu arwah ibunya masih hidup, disetiap hujung minggu, Si Kerdil ini sering menghabiskan masa berhujung minggu bersama dia dan arwah ibunya.

3 bulan selepas dia meninggal dunia, Si Kerdil ini disyak menjangkiti penyakit yang sama. Mengikut apa yang dikatakan oleh doctor, besar kemungkinan jangkitan berlaku apabila adanya perkongsian dengan si pembawa penyakit tersebut dan atau mungkin juga jangkitan berlaku ketika melawat dia Si Kerdil ini tidak memakai mask dan operation robe ketika dia dimasukkan kedalam ICU ward. Sebab disuatu ketika dulu, pernah Si Kerdil berkata, jika nyawa ni boleh digadaikan demi untuk kebahagian dia, aku sanggup lakukannya.

Allah lebih menyanyagi dia.... Keluarga beliau sudah menjadi sebahagian daripada hidup ini. Beberapa bulan selpas beliau meninggal dunia, seluruh ahli keluarga beliau berpindah ke kampung halaman untuk memulakan hidupan baru. Sejak dari itu, Si Kerdil terasa kesunyian dan kesepian. Beliau lah sahabat yang pertama dalam hidup ini.

Beberapa tahun kemudian diri ini ditemukan lagi dengan seorang insan yang pada mulanya kami hanya berkawan biasa sahaja dan tingkah lakunya saling tak tumpah seperti arwah.. namun dalam hati ini berkata tidak akan ada pengganti beliau yang boleh menjadi sahabat dalam hidup ini. Tapi akur diri ini terhadap kuasa Allah, kami ditakdirkan menjadi rapat dan akrab. Dari bujang hinggalah sudah berumahtangga, dari menyewa hinggalah memiliki rumah sendiri, dari memiliki motor hinggalah memiliki 2 buah kereta dan sebuah motor berkuasa tinggi. Diakhirnya, Allah lebih menyanyangi dia dan meninggal dipagi hari raya pertama sebelum solat aidilfitri akibat daripada heart failure.

Selepas dari itu, Si Kerdil ini akan cuba mengelak dan menjauhkan diri untuk mempunyai sahabat lagi. Cukup sekadar kawan biasa sahaja. Tapi, dengan kuasa Allah S.W.T sekali lagi diri Si Kerdil ini ditemukan dengan seorang insan yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya.

Bukan niat dihati ini untuk memuji dan atau mengagungkn dia, tapi inilah kebenarannya. Secara jujurnya, tahap kesihatan diri sejak kebelakangan ini agak tidak begitu baik. Sudah bermacam-macam penyakit wujud dalam tubuh badan Si Kerdil ini sehinggakan ada terlintas didalam hati ini untuk giving it up. To surrender sebab da sanggup nak lalui semua ni. Disusuli pula dengan niat yang baik dijadikan satu isu yang amat sangat tidak dapat diterima akal manusia normal.

Dipendekkan cerita, memang Si Kerdil ini dah give up walau pun pernah berkata mulut ini kepada dia yang Si Kerdil ini tidak akan give up. Tapi, derita yang dilalui Si Kerdil ini hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana remuknya, hancurnya hati ini apabila dikhabarkan yang niat baik Si Kerdil ini untuk menunaikan umrah tahun hadapan menjadi satu isu yang kononnya Si Kerdil ini tidak ingin memberitahu pihak keluarga Si Kerdil ini untuk mengerjakan umrah dengan melalui agensi negara yang mana...


astarfirullah hal a'zim....

entahlah... dah tak tahu nak cakap apa lagi. Memang tak dijangkakan perkara ini boleh berlaku. Sememangnya sungguh hebat ujian Allah tahun ini. Terlalu hebat. Jika tidak, masakan Si Kerdil ini giving up himself...

But mujurlah dia hadir dalam hidup ini. Kerana pernah diri ini diberitahu yang seumur hidupnya belum pernah lagi dia kehilangan mana-mana sahaabat dan atau teman dan rakan. Memikirkan tentang keadaannya yang kini umpama bayi yang baru pandai merangkak, tidak sampai hati pula memilhat akan apa terjadinya pada dia jika Si Kerdil ini pergi mninggalkan dia untuk selamanya. Dia yang terlalu baik melayan diri ini sungguhpun dia tahu yang diri ini terlalu jijik dimata masyarakat dunia, namun tetap dihatinya untuk terus berkawan.

Sungguh amat tidak berperikemanusiaan langsung diri ini terhadap dia. Entah apa yang difikirkan Si Kerdil ini diketika itu sehinggga ingin meng-suicide-kan diri dengan tidak mengambil ubat-ubatan dari hospital. Kononnya dengan cara begini maka penyakit yang ada didalam tubuh badan ini akan menjadi teruk, lalu kritikal dan kronik seterusnya... teeettt... "sorry we try our very best to save him but... i'm sorry" berkata doktor pakar yang merawat.

subhanallah....

But Syukur Alhamdulillah....
kerana dia, Si Kerdil ini mematahkan semangat untuk giving up dan sekaligus membuat satu keputusan demi untuk kebaikan semua pihak, yang mana rawatan susulan akan berkuat kuasa pada minggu hadapan di Singapura. Kerana dia telah membuka semula mati hati ini yang suatu ketika gelap dan berpemikiran terlalu cetek dan mencari jalan pintas untuk menyelesaikan kekusutan yang masih lagi belum bertemu jalan keluar.

Terima kasih sebab you open my eyes to identified which is which instead of shortcut to ends this complication. Engkau lah sahabat...


No comments:

Post a Comment