Tak tahu nak mengadu dengan siapa.. tak ingin mengganggu teman-teman yang lain.. bimbang akan kesibukan mereka boleh mendatangkan kerisauan dan mungkin stress atau tekanan kepada mereka semua.. jadi disinilah tempat untuk diri ini meluahkan isi kata hati dan sujud disejadah menadah tangan mohon pertunjuk dari Allah S.W.T serta mohon kekuatan untuk mengharungi dugaan yang amat kuat ini...
Sejujurnya,
Memang terlalu lemah dan rapuh hati dan keimanan ini umpama rumah kayu yang terlalu usang menunggu masa dan tiupan angin untuk runtuh rebah menjunam ke bumi Allah ini...
Selepas solat Zuhor siang tadi, seperti biasa ku mohon doa, keampunan serta kurniakan pertunjuk dan hidayah kepada diri ini. Mohon keberkatan serta diterima amal dan dimakbulkan doa serta permintaan.. Sejurus selepas solat, bersiap sudah untuk menuju ke tempat kerja seperti hari-hari biasa. Makan tengahari yang setengah senduk nasi dipinggan putih berbunga tapi tak terdaya tekak ini untuk menelan rezeki yang dihidangkan oleh Makcik kesayang yang menjaga makan dan pakai diri ini. Menelan sebutir nasi umpama menelan batu jalanan yang berdarah basah.. meratah ayam goreng umpama meratah ayam yang masih hidup..
Subhanallah.. ya Allah..
Apakah erti semua ini..?
Apakah pertunjuk yang Engkau berikan pada diri ini..?
Jiwa mula resah gelisah.. ketenteraman tidak dirasai seperti hari-hari biasa..
Adakah ini bagaimana rasanya berdosanya diri ini kepada Allah S.W.T...?
Fikiran mulai terganggu.. pelbagai perkara dari dulu hinggalah ke hari ini bermain-main, berlegar-legar di minda yang dipinjamkan olehNya kepada diri ini...
Hanya dengan berbekalkan semangat yang sebesar kuman, langkah kaki ini diteruskan menuju ke tempat tugas. Melaksanakan tanggungjawab seperti yang dipertanggungkawabkan olehNya untuk terus hidup dibumi yang dipinjamkan. Namun, didalam perjalanan runsing difikiran ini, jiwa tidak tenang..masih tertanya-tanya apakah erti semua ini..? Apakah yang ingin Engkau-Ya Allah, ingin sampaikan dan atau memberitahu kepada si kerdil ini dimataNya..
Selamat sampai dikawasan tempat bertugas dan langkah menjadi berat. Menuju terus ke ruangan kawasan merokok untuk memikirkan teka-teki ini dan atau mengenalpasti apa pertunjuk yang dikurniakan kepada si kerdil ini...
3 batang rokok sudah habis disedut membakar paru-paru yang sememangnya sudah rosak menanti masa untuk hancur lebur. Tiba-tiba si kerdil ini mula teringat akan doa selepas solat zohor tadi... Mula hati kecil si kerdil ini berkata sambil memejamkan mata;
"Ya Allah ya Tuhan ku, jika ini yang terbaik untuk diri ini, aku berserah dan pasrah kepadaMu, jika sebaliknya ku mohon restuMu untuk kaki ini melangkah terus menuju ke tempat kerja ku dan menjalankan tugasku seperti hari-hari biasa..."
Hanya dengan mengikuti kata hati kecil ini disusuli dengan bismillah hirrahmanirrahim, melangkah kaki ini menuju ke tandas dan terus membuka uniform ini dan terus menuju ke pejabat tempat dimana ku bertugas dan terus memulangkan segalanya yang berkaitan dengan kerja berserta dengan sekeping nota untuk pengurus ku yang aku meletakkan jawatan serta merta dengan alasan peribadi.
Allah hu akbar!!
Pendirian hati kecil ini tidak berganjak walaupun seinci. Cekal hati ini berpendirian teguh memasak ke bumi bersandarkan pertunjuk dari Allah.
Selesai sudah.. langkah kaki ini menuju keluar dan meneruskan langkah hanya berpandukan apa kata hati ini. Terlintas sejenak kaki ini untuk melangkah masuk ke rumah Allah.. dan disinilah aku mula menulis luahan hati kecil ini. Ketenangan mula dirasai..
Inikah yang terbaik untuk diri ini...? Aku akur dan pasrah serta betserah kepadaNya.
Ya Allah, mohon diri ini permudahkan perjalanan hidup ku selepas ini... Bantulah aku ya Allah..bantulah hambaMu yang kerdil lagi hidup bergelumang dengan pelbagai dosa yang tak terdaya diri ini menanggungnya.. bantulah aku..bantulah hambaMu ini.. jika Engkau ini menjemput ku, izinkan diri ini menunaikan semua waktu solat seperti yang dipertanggungjawabkan kepada sekalian hambaMu yang lain dibumiMu ini...
Amin ya Allah..
Amin yarabbal alamin...
No comments:
Post a Comment