Tuesday, 7 May 2013

Percutian Di Shah Alam...

...bismillahirrahmanirrahim...

"misi 2013 tercapai sudah..."

syukur alhamdulillah tercapai juga misi bagi tahun ni.  rasanya tidak perlu diberitahu apakah misi tersebut. biarlah diri ini dan insan yang terlibat sahaja yang tahu akan apakah misi tersebut. bukan apa aku perlu menjaga hak keperibadian orang lain tidak kira lah samada beliau terlibat secara langsung atau sebaliknya. hati dan perasaan manusia kita tidak boleh menduga tapi dengan kurniaan panca indra yang dikurniakan kepada kita olehNya, mungkin kita dapat merasai hati dan perasaan seseorang tersebut.

apa pun percutian kali agak berbeza jika dibandingkan dengan percutian yang sebelum ini. kerana sebelum ini percutian tersebut ada yang melibat kegiatan dan atau unsur-unsur yang tidak bermoral dan hanya tercenderung kepada kepuasan dan kenikmatan dunia yang bergelumang dengan dosa dan penghinaan serta tidak mendatangkan apa-apa faedah. lokasi percutian seperti tajuk yang diatas, namun percutian kali ini adalah percutian yang penuh bermakna dan insya'allah jika diizinkan Allah S.W.T ianya tidak akan dilupakan dan tidak akan ditulis apakah aktiviti dan serta tidak akan ada gambar yang akan dimuat naikkan didalam blog ini. ini adalah persetujuan dari insan yang terlibat dan diri ini demi untuk menjaga keperibadian insan tersebut.

tapi,
beliau ada mengatakan bahawa, biarlah ianya menjadi memory didalam diri ini dan tidak perlu ditulis didalam blog ini. apa pun, diri ini tetap tidak akan berhenti daripada berterima kasih kepada insan tersebut kerana percutian kali ini addalah percutian yang paling dan tersangat bermakna didalam hidup ini.

setibanya di singapura malam semalam sekitar jam 0900 malam, badan menjadi semakin lemah, segala sendi terasa bisa, mata menjadi semakin hangat keupayaan untuk berdiri dan berjalan terbatas dan menjadi teramat lemah namun cekal hati dan semangat diri untuk tetap meneruskan kaki melangkah pulang. setibanya dirumah, minda berkata untuk merebahkan badan ini diatas katil dikelilingi dengan bantal yang ditinggal pergi selama 3hari 2malam tapi memikirkan solat yang tertunggak, langkah kaki terus mengambil wuduk dan menunaikan kewajipan yang seperti dipertanggungjawabkan kepada kita khalifah dimuka bumiNya ini.

selesai sudah solat, dada terasa sakit, kapala terasa teramat berat dan kesakitan yang suatu ketika dulu kembali menyerang di tempat yang sama... adakah...ermmm biarlah ianya menjadi suatu tanda tanya kepada sekalian pembaca diluar sana (jika ada). langkah kaki ini terus ke kamar mandi dan tiba-tiba terasa ada suatu lelehan cecair keluar dari hidung dan tidak lama kemudian diri tersedak lalu meludahkannya ke dalam sinki..

astarfirullah hal a'zim... subhanallah...
ya Allah... apakah ini....
gerun bercampur terkejut dengan kehadiran cecair yang pada mulanya disangkakan adalah kahak, tetapi ianya adalah darah yang tidak terasa akan kesakitannya dan tidak sedar akan keluarnya dari tubuh badan ini. tidak lama kemudian, telefon bimbit berdering... panggilan dari luar negara...

"where have you been? i thought you already coming back home yesterday and i can't get you on the phone... when you will coming here..? i supposed you already know that you are far away for you appointment...?"

setelah penjelasan diberikan, dan keputusan dimuktamadkan bagi kedua belah pihak, maka termertai janji dan kepulangan diri ini dinantikan seperti yang dijanjikan.

jauh didalam hati kecil ini berkata, jika ini yang ditakdirkan aku akur dan redha atas segalanya yang telah disusun dan ditetapkan kepada diri ini... namun tetap diri ini merasa takut kerana terlalau banyak dosa yang belum ditebus.. amal ku diterima ker..? semoga Allah mendegar bisikan hati si kerdil ini berkata-kata.

segala persiapan dan kelengkapan telah disiapkan seawal minggu lepas sebelum perginya aku bercuti. dan awal pagi tadi selepas solat subuh, satu lagi janji telah termertai antara diri ini dan mahkluk Allah. tidak perlu diberitahu hingga tiba masa yang tepat tiba, dan disahkan akan kesasihannya, maka tika itu terurailah segala apa yang terselindung disebalik tabir lutsinar dari pandangan mata kasar.

semoga apa yang dirancang tidak menyalahi dan direstui olehNya akan niat sebenar mengapa ini yang diinginkan dan dijanjikan oleh diri ini. harap tidak akan ada mana-mana pihak yang terasa hati dan atau berburuk sangka dan atau apa jua salah tafsiran atas penulisan blog  ini. mohon ampun dan maaf zahir dan batin.. mohon minta dihalakan segala makan dan minum jika ada...

sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui akan keikhlasan hati ini terhadap misi bagi tahun 2013 kepada insan terbabit. tidak akan ada balasan yang baik  dan atau setimpal dengan apa yang telah diberikan. 

No comments:

Post a Comment