Wednesday, 1 May 2013

new chapter begin..

dear redears,

actually i have no idea of how and where to start my blog. It was since last night i tried so hard where and how to start...
well.., here we go again...

...segalanya bermula hanya menekan butang add friend dan tindakbalas disusuli dan kemudian bermulalah satu hubungan dengan berasaskan niat individu terbabit. Jika baik dan ikhlas niat individu tersebut maka mungkin berpanjanganlah hubungan tersebut jika sebaliknya, mungkin ianya akan berakhir dengan penuh rasa kekesalan dan atau kekecewaan.... Jadi kenalpasti dahulu niat kita sebelum menjalin sesuatu hubungan tidak kiralah samada dengan lelaki mahupun wanita...

Bercakap mengenai menjalin hubungan terutama sekali didunia siber yang 99% (mungkin) berpura-pura atau bermuka-muka terutama sekali hubungan jarak antara dua benua contohnya. pertemuan hanya didalam dunia siber.. komunikasi dan atau berweb cam disuatu ketika tidak serupa jika dibandingkan jika kita bertentangan antara 4 mata. Lebih akrab dan mungkin juga kita boleh mengenali individu terbabit dengan lebih rapat atau mesra.

Selain dari itu, didalam dunia siber juga kita dapat mngikuti perkembangan teman, kawan dan mungkin sahabat atau apa jua hubungan tersebut secara online (bergantung kepada individu terbabit jika dia mengemaskini profilenya).

begitulah intro nya...

...mengikuti perkembangannya mengingatkan akan diri ini disuatu ketika dahulu yang mana selepas sahaja aku taman pengajian tinggi, bermacam-macam dugaan yang datang melanda. Umpama ombak tsunami membantai sebuah sampan ditengah lautan tanpa sebarang bantuan kecemasan dan mungkin talian hayat serta perancangan yang kukuh. Dahsyatnya gelombang ombak tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui. 

Risau akan keadaan seorang insan ini (which not to be name-known as MZ) kerana dia umpama bayi yang baru pandai berjalan dengan tiada keseimbangan badan yang kukuh. Dia yang baru sahaja tamat pengajiannya dan baru saja mendapat kerja dengan adiknya juga baru mendapat kerja. Anak sulung dari 3 adik beradik (mungkin) semestinya tanggungjawab amat berat. Lebih-lebih lagi anak sulung lelaki. Skop tanggungjawab amat besar, masa depan, rumahtanggan yang akan dibina, hubungan dengan pasangan idaman hati, keluarga, ibu dan bapa serta adik beradik.. simpanan untuk masa kecemasan dan masa depan juga perlu diberi keutamaan. Kehidupan selepas berumahtangga, sakit pening diri sendiri, isteri, anak, ibu bapa dan ibu bapa mertua.. wow!!! memang hebat habaran akan ditempuhinya.

Kecekalan serta semangat yang tinggi serta jati diri yang kuat perlu ada.. mentaliti serta tahap keimanan yang tinggi serta kuat perlu ada untuk mengharungi liku kehidupan dari masa kesemasa.. pengurusan serta pengagihan sistem kewangan perlu pintar. Dari sini lah kita merasakan pentingnya duit dan pelajaran itu penting. Tetapi yang sebenarnya, jika dihalusi semula, duit itu tidak penting. Pelajaran itu penting tetapi sebagai satu plate form untuk meloloskan diri atau mempercepatkan langkah ke suatu peringkat yang lebih tinggi.

Ramai pakar ekonomi sering memperkatakan "pengurusan kewangan itu penting" dan ada pula yang mengatakan pelajaran yang tinggi itu penting. Tetapi hakikatnya adakah mereka (pakar ekonomi, kewangan negara atau dunia) menekankan;

"How we earn money to make MORE money"

semestinya jarang kita dengar atau tidak langsung diperkatakan oleh mereka. Perkara ini amat penting untuk mengharungi liku kehidupan untuk jangka masa yang panjang. Disekolah contohnya, adakah kita diajar bagaimana kita ingin menyesuaikan diri kita dengan dunia yang sebenar selepas kita tamat pengajian atau persekolah kita...? adakah ibu bapa kita memberitahu kita bagaimanakah kehidupan sebenar didunia yang nyata...? dan mengapa sering kali guru dan atau pensyarah serta professor sering memperingatkan kita akan pentingnya pelajaran daripada mengajar kita bagaimana untuk menyelesaikn suatu masalah...?

Kesemua jawapan diatas ada didalam otak kita sebab segala jawapan tersebut telah diabdikan sejak kita kecil dibangku sekolah.

Dan lazimnya kita selalu tersedar dan terpikir sejenak apabila suatu masalah itu melanda kita, khususnya masalah yang berkaitan dengan kewangan, bahawa begini lah sukarnya ibu dan bapa kita mencari rezeki untuk membesarkan kita hingga ke hari kita sedar akan susahnya mencari duit untuk hidup... adakah kita terlewat!?

sebagai seorang sahabat dan atau apa jua anggapan MZ terhadap diri ini, aku cuma mampu mengkongsi seberapa banyak ilmu atau tips berdasarkan pengalaman liku perjalanan kehidupan diri ini dari sebagai seorang pembersih bilik hotel yang bekerja lebih 8jam sehari hingga kehari ini atau mungkin ke hari terakhir diri ini menhirup udara yang sama seperti manusia lain.

tapi sememangnya MZ tak akan boleh lari dari semua liku kehidupan sebab ianya telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah S.W.T. Semua itu akan dijadikan pengalaman hidupnya untuk bekalan dan harta yang paling berharga untuk pewarisnya. Walau apa pun tak akan diri lupa untuk mendoakan yang terbaik untuk my MZ.

semoga dipermudahkan perjalanan hidup serta dipermudahkan dihari perhitung kita semua kelak, insya'allah... dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriyat yang soleh dan solehah serta senantiasa diperlihara oleh Allah S.W.T dari apa jua anasir-anasir yang boleh dan atau merosakkan rumahtangga beliau, aqidah serta akhlak yang juga boleh memudaratkan diri beliau, rumahtanggan yang dibina, seluruh ahli keluarga dan keturunan beliau.

doa itu juga bukan hanya untuk MZ tetapi untuk semua teman-teman yang lain, sahabat handai serta kawan-kawan yang mana mengenali diri ini mahu pun tidak serta untuk semua kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan juga mukminat..

Sememangnya setiap manusia dalam dunia punya pengalaman hidup masing-masing, pahit manis dan asam garam kehidupan yang tersendiri. Kesemua pengalaman tersebut membuatkan diri kita menjadi lebih matang dan lebih mengenali jati diri serta mengenali erti kehidupan yang sebenar-benarnya. Samada kita memperolehi pengajaran dari apa yang telah terjadi pada hidup kita atau sebaliknya. Hak memilih dan hak berfikir adalah hak individu yang tidak boleh dikawal oleh manusia. Gunakan segala kepandaian yang dianugerahkan kepada kita dengan jalan yang diredhaiNya. Restu ibu bapa adalah umapama satu lesen untuk kita memandu ke destinasi yang kita ingin tuju. Jangan sesekali kita bermain dengan ketentuan Allah S.W.T

Bukan senang untuk kita berdiri semula jika kita "jatuh". Lebih-lebih lagi apabila kita jatuh ke tanah suci Allah, lumpuh seluruh badan cuma kelopak mata serta kepala sahja yang boleh bergerak.. tiada tongkat mahu pun pautan untuk kita berpaut walau pun untuk seketika. Teman-teman lain hanya boley memandang kejatuhan kita serta boleh memberi semangat serta nasihat sahaja. Membantu jauh sekali... Waktu itu cuma ada kita dan diri kita sendiri

No comments:

Post a Comment