Monday, 9 December 2013
mengeluh lagi... aduhai..
Monday, 18 November 2013
apa sudah jadi bro!
Saturday, 9 November 2013
Sepi Malam Dingin..
Monday, 14 October 2013
semakin merindukan tanah suci..
Tuesday, 8 October 2013
Buntu..
Monday, 5 August 2013
A very long weekend..
Thursday, 11 July 2013
"Layang-layang terputus tali diawan biru"
intro jek tu... hehehe
by the way, Salam Ramadhan Al- Mubarak..
Penulisan blog ni yang sebenarnya tergendala seketika sebab ada suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. kini disambung semula dengan kesempatan yang ada ni. Terlalu banyak sangat perkara yang tidak diingini berlaku dan terlalu singkat dan laju masa berlalu pergi. Letih dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini dan tak tahu bagaimana dan dimana nak memulakannya...
haishhh.... entahlah kan... cuma keluhan demi keluhan yang termampu Si Kerdil ini nyatakan...
Disuatu ketika dahulu, terjadinya suatu peristiwa diawal pagi, selepas solat subuh, hati ini menjadi berat untuk pergi ke tempat bertugas.Namun dipaksakan diri menuju ke pejabat. Didalam perjalanan, kaki menjadi berat melangkah masuk. Jiwa menjadi kosong umpama hilang minat dan menjadi kosong umapama orang bodoh yang tak tahu untuk memulakan tugasan harian. Hati menjadi sebak dengan tiba-tiba tanpa sebarang sebab dan mengalir air mata yang tanpa disedari membasah pipi. Hilang minat untuk melakukan pekerjaan yang diminati.
Dimanakah salah dan silapnya dan atau apakah pertunjuk yang ingin disampaikan olehNya kepada Si Kerdil ini. Kerana seingat Si Kerdil ini, pernah disuatu ketika Si Kerdil ini memohon pertunjuk dan bantuan sekiranya ianya baik untuk diri Si Kerdil ini maka minta diteruskan tanpa halangan dan jika sebaliknya, mohon dihentikan dan dimatikan hati untuk melakukannya dan meneruskannya. Diketika itu sewaktu Si Kerdil ini buntu untuk membuat keputusan pemilihan pekerjaan dan selepas memilih serta diawal permulaan pekerjaan yang dipilih. Sejurus kemudian pelbagai perkara yang tidak diundang berlaku. Perkara mistik berlaku. Entah lah.... Tak tahu apa penyebabnya atas apa yang berlaku. Kusut dan semakin berkecamuk dalam kepala ini bila memikirkannya.
Monday, 8 July 2013
Apa da jadi....
Salam subuh selamat pagi dari Temasek..
Dah 4days jiwa ni meracau.. tak tenang...tak taw kenapa.. try to figure it out but til now stil xtaw what's wrong with me. All i do remember...
It was before i get a new job, i prayed and prayed to be given a very best job to me and best for my future.. still xbley make up my mind for making decision which of which that. My guts telling me 60% to go for it but its blurr and i go for it... Now, i dont know... Momentum tu da jatuh. Semangat da ilang... Jiwa da xde nk g opis, kerja.
The few days ago, i prayed n seeking for a clue to this matter from Allah... And this morning at 0530 when i woke up, hati berat nk h keje... Kaki ni berat nk g keje..
Adakah ini pertanda bahawa kerje ku ini tidak bersesuaian..??
Thursday, 20 June 2013
Selamat Morning
Selamat Morning..
Haha.. 2in1 at a time...
Selamat Pagi n Good Morning..
Yess..
Memang da lame giler xupdate my Life Interpretation ni.. been very busy sejak da kembali ke dunia designing ni... Yup!! Si Kerdil ni da kembali ke dunia desingning after more than 2years i left it in my extra beggage..
Mungkin ade yg tak bersetuju Si Kerdil ini kembali semula ke dunia design n ade yg mengalu-alukan kehadiran Si Kerdil ini ke dunia tersebut.. masing-masing punya pendapat masing-masing kan...
aniway..
Too many things happened during my absent in this Life Interpertation... Not today for me to share with.. soon..
As for now should i leave you all my hidden loyal readers (lame xgune ayat tu..) n my readers out there somewhere with comma (,).
Do take care yourself as we all known the haze is coming back after how many years left us a great impact...
Salam to all...
Sunday, 26 May 2013
Its "which of which"
bismillahirrahmanirrahim..
Friday, 24 May 2013
Masa memanjakan Diri..
diketika saat memanjakan diri, menghiburkan hati - mungkin..
inilah antara aktiviti yang dilakukan Si Kerdil ni tidak kiralah samada bersama teman dan atau bersendirian...
Wednesday, 22 May 2013
Tuesday, 21 May 2013
All by myself now..
Feeling very scared now..
I must be very strong than before. I see the clear picture now.. i'm dealling with it once again and this time i'm dealling with it all by myself. Jika ini apa yang ditakdirkan dan apa yang ditentukan olehNya, well lets do it...
I am ready for everything.. i do i am ready now...
To all my loyal silents readers, there will a short break for me to write this blog.. it just for a moments or two...
Assalamulaikum semua...
New Missiom 2013..
Tuesday, 14 May 2013
kaulah sahabat...
"jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita"
the above statement's was given by someone I called SAHABAT. The true sahabat which I lost for how many year ago.... Honestly, this person are far better than my previous sahabat that i ever had in my life before. With this, it doesn't mean people around me not good nor kind to to me. You all are my friends, indeed each one of you have your own kindness and speciality and unique deep in yourself. And I love you all. Big hug to all of you..
back to my statement above...
Disuatu ketika dulu, Si Kerdil ini ada memiliki seorang sahabat. It was 15 or 10 years ago if I'm not mistaken. Kami berkenalan dan berjumpa didalam bas sewaktu pulang dari tempat kerja. Sungguh pun kami satu tempat kerja, tapi kami tidak terlintas dan terniat untuk bertegur sapa dan apatah lagi untuk dijadikan kawan. Tapi, Allah tu kan maha kaya lagi maha mengetahui akan segalanya. Sehinggalah disuatu ketika, kami ditakdirkan untuk bertemu didalam bas awam dan ditakdirkan untuk duduk bersebelahan. Masing-masing dengan ego dan kesombongan yang tertinggi. Hampir beberapa kali kami duduk bersebelahan namun tetap tidak bertegur sapa. Sehinggalah disuatu hari kami bertegur sapa, berbual dan akhirnya kami pulang kerja bersama, dan jika ada masa terluang kami akan keluar bersama. Seterusnya kami teruskan hubungan kami sehinggalah kami menjadi rapat dan akrab dan terus bersahabat sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat jangkitan penyakit Hepatitis B yang dijangkiti oleh sepupunya dikampung halamannya.
Susah senang kami bersama, bergurau senda, tidur sebantal dirumahnya, bergaduh dan berbaik semula dan banyak lagi. Dia yang jauh lebih muda 3/5 tahun tapi dia meninggalkan dunia lebih awal dari Si Kerdil ini. Sewaktu arwah ibunya masih hidup, disetiap hujung minggu, Si Kerdil ini sering menghabiskan masa berhujung minggu bersama dia dan arwah ibunya.
3 bulan selepas dia meninggal dunia, Si Kerdil ini disyak menjangkiti penyakit yang sama. Mengikut apa yang dikatakan oleh doctor, besar kemungkinan jangkitan berlaku apabila adanya perkongsian dengan si pembawa penyakit tersebut dan atau mungkin juga jangkitan berlaku ketika melawat dia Si Kerdil ini tidak memakai mask dan operation robe ketika dia dimasukkan kedalam ICU ward. Sebab disuatu ketika dulu, pernah Si Kerdil berkata, jika nyawa ni boleh digadaikan demi untuk kebahagian dia, aku sanggup lakukannya.
Allah lebih menyanyagi dia.... Keluarga beliau sudah menjadi sebahagian daripada hidup ini. Beberapa bulan selpas beliau meninggal dunia, seluruh ahli keluarga beliau berpindah ke kampung halaman untuk memulakan hidupan baru. Sejak dari itu, Si Kerdil terasa kesunyian dan kesepian. Beliau lah sahabat yang pertama dalam hidup ini.
Beberapa tahun kemudian diri ini ditemukan lagi dengan seorang insan yang pada mulanya kami hanya berkawan biasa sahaja dan tingkah lakunya saling tak tumpah seperti arwah.. namun dalam hati ini berkata tidak akan ada pengganti beliau yang boleh menjadi sahabat dalam hidup ini. Tapi akur diri ini terhadap kuasa Allah, kami ditakdirkan menjadi rapat dan akrab. Dari bujang hinggalah sudah berumahtangga, dari menyewa hinggalah memiliki rumah sendiri, dari memiliki motor hinggalah memiliki 2 buah kereta dan sebuah motor berkuasa tinggi. Diakhirnya, Allah lebih menyanyangi dia dan meninggal dipagi hari raya pertama sebelum solat aidilfitri akibat daripada heart failure.
Selepas dari itu, Si Kerdil ini akan cuba mengelak dan menjauhkan diri untuk mempunyai sahabat lagi. Cukup sekadar kawan biasa sahaja. Tapi, dengan kuasa Allah S.W.T sekali lagi diri Si Kerdil ini ditemukan dengan seorang insan yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya.
Bukan niat dihati ini untuk memuji dan atau mengagungkn dia, tapi inilah kebenarannya. Secara jujurnya, tahap kesihatan diri sejak kebelakangan ini agak tidak begitu baik. Sudah bermacam-macam penyakit wujud dalam tubuh badan Si Kerdil ini sehinggakan ada terlintas didalam hati ini untuk giving it up. To surrender sebab da sanggup nak lalui semua ni. Disusuli pula dengan niat yang baik dijadikan satu isu yang amat sangat tidak dapat diterima akal manusia normal.
Dipendekkan cerita, memang Si Kerdil ini dah give up walau pun pernah berkata mulut ini kepada dia yang Si Kerdil ini tidak akan give up. Tapi, derita yang dilalui Si Kerdil ini hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana remuknya, hancurnya hati ini apabila dikhabarkan yang niat baik Si Kerdil ini untuk menunaikan umrah tahun hadapan menjadi satu isu yang kononnya Si Kerdil ini tidak ingin memberitahu pihak keluarga Si Kerdil ini untuk mengerjakan umrah dengan melalui agensi negara yang mana...
astarfirullah hal a'zim....
entahlah... dah tak tahu nak cakap apa lagi. Memang tak dijangkakan perkara ini boleh berlaku. Sememangnya sungguh hebat ujian Allah tahun ini. Terlalu hebat. Jika tidak, masakan Si Kerdil ini giving up himself...
But mujurlah dia hadir dalam hidup ini. Kerana pernah diri ini diberitahu yang seumur hidupnya belum pernah lagi dia kehilangan mana-mana sahaabat dan atau teman dan rakan. Memikirkan tentang keadaannya yang kini umpama bayi yang baru pandai merangkak, tidak sampai hati pula memilhat akan apa terjadinya pada dia jika Si Kerdil ini pergi mninggalkan dia untuk selamanya. Dia yang terlalu baik melayan diri ini sungguhpun dia tahu yang diri ini terlalu jijik dimata masyarakat dunia, namun tetap dihatinya untuk terus berkawan.
Sungguh amat tidak berperikemanusiaan langsung diri ini terhadap dia. Entah apa yang difikirkan Si Kerdil ini diketika itu sehinggga ingin meng-suicide-kan diri dengan tidak mengambil ubat-ubatan dari hospital. Kononnya dengan cara begini maka penyakit yang ada didalam tubuh badan ini akan menjadi teruk, lalu kritikal dan kronik seterusnya... teeettt... "sorry we try our very best to save him but... i'm sorry" berkata doktor pakar yang merawat.
subhanallah....
But Syukur Alhamdulillah....
kerana dia, Si Kerdil ini mematahkan semangat untuk giving up dan sekaligus membuat satu keputusan demi untuk kebaikan semua pihak, yang mana rawatan susulan akan berkuat kuasa pada minggu hadapan di Singapura. Kerana dia telah membuka semula mati hati ini yang suatu ketika gelap dan berpemikiran terlalu cetek dan mencari jalan pintas untuk menyelesaikan kekusutan yang masih lagi belum bertemu jalan keluar.
Terima kasih sebab you open my eyes to identified which is which instead of shortcut to ends this complication. Engkau lah sahabat...
"..sepandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua jatuhnya.."
Monday, 13 May 2013
Sunday, 12 May 2013
Lagi Ujian Allah Untuk HambaNya....
Thursday, 9 May 2013
"...ku tinggalkan kau pergi..."
It may sound like the ending of my blog, but it is not. It just some of my thought that running wild in my mind so i need to let go freely...
Rasanya ramai pembaca diluar sana yang begitu loyal dan mungkin ada yang mengikuti perkembangan diri ini secara online instead of... well should i not to eloberate it in this blog. Seems like its not in a proper way nor a very good manner-indeed.
Anyway, thank you very much for those who keep on following this Life Interpretation. That all i can express my feeling towards you, my loyal readers (you know who you are) although i didn't mentioned any name since this blog been setup. Like i said again and again, it's all because to prevent and to respect that such person personalities.
Well...
Herewith somes of the picture that I do planned to be uploaded in this blog long time ago, but silly me, I've forgotten due to I'm so excited to my update.. Hahahaha.. silly me-old skinny freakin boy the last species...
Hope you enjoy viewing my pictures and feel free to comments, if you wish too... it's my great honor to have your comments...
Wednesday, 8 May 2013
kehebatan surah al-mulk
Ampunilah ya Allah segala dosa-dosa ku, ampunilah ya Allah segala dosa ibu dan bapa ku, dosa adik beradik ku, seluruh ahli keluargaku, dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat tidak kira samada yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia.
Ampunilah ya Allah segala dosa rakan-rakan, teman-teman dan para sahabatku khususnya kepada sahabatku yang bernama...(not to be name in here)
ampunilah ya Allah segala dosa-dosa kami..
ampunilah ya Allah segala dosa-dosa kami..
ampunilah ya Allah segala dosa-dosa kami..
Tidak kiralah ya Allah samada dosa kami yang kecil, yang besar, dosa kami yang terdahulu, dosa kami yang sekarang dan mahu pun dosa kami yang akan datang...
ampunilah ya Allah segala dosa kami.
Kurniakanlah ya Allah pertunjuk dan hidayahMu yang seluas-luasnya kepada kami hambaMu dimuka bumiMu ini. Kurniakan juga ya Allah kekuatan dan semangat yang tinggi kepada kami demi untuk kami meneruskan penghidupan kami seharian dan demi untuk kami menempuh segala dugaan, rintangan dan liku kehidupan yang akan Engkau turunkan kepada kami hambaMu yang serba kekurangan lagi kerdil disisiMu.
Selamatkanlah kami ya Allah dari terjerumus kedalam api neraka jahanam..
Lindungilah kami ya Allah dari pelbagai hasutan syaitan dan jin yang boleh menyesatkan dan juga yang boleh merosakkan akhlak dan aqidah kami.
Hindarkanlah kami ya Allah daripada melakukan sebarang perbuatan dan atau percakapan yang dihina, dicaci lagi dikutuk dan dilagnat disisiMu ya Allah.
Engkau perliharalah kami, perliharalah kesihatan dan keimanan kami agar kami dapat terus sujud kepadaMu dan melakukan pekerjaan dan apa jua yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami sebagai hambaMu dimuka bumiMu ini.
Ya Allah ya Rahman Ya Rahim... maha suci hanya padaMu ya Allah...
Permudahkanlah ya Allah perjalanan hidup kami, Permudahkanlah ya Allah pekerjaan kami,
Permudahkanlah ya Allah pencarian pekerjaan kepada kami khusus bagi yang sedang mencari pekerjaan,
Permudahkanlah juga ya Allah pembelajaran kami setiap masa dimana jua kami berada serta,
Permudahkanlah ya Allah hari perhitungan kami kelak nanti.. Mohon doa dan permintaan kami diperkenan dan dimakbulkan oleh Mu ya Allah..
Terimalah ya Allah segala amal ibadat kami keranaMu ya Allah... perkenankanlah permintaan hambaMu ini..
perkenankanlah ya Allah...
Ya Allah ya Tuhan,
Sujudnya aku hari ini mohon keampunan keatas segala dosa yang telah diri ini lakukan dari kecil hinggalah ke hari ini...
ampunilah ya Allah segala dosa ku..
ampunilah ya Allah segala dosa ku..
ampunilah ya Allah segala dosa ku..
Permudahkanlah ya Allah perjalanan hidup ku.. permudahkanlah ya Allah segala urusanku didunia ini..
permudahkanlah juga ya Allah urusan mengerjakn umrah ku ditahun hadapan dengan rezeki yang halal yang akan ku perolehi kelak nanti..
mohon diri ini dan sekali para sahabat yang tidak ku namakan didalam ruangan ini dimurahkan rezeki,
Ditingkatkan kesihatan dan senantiasa dilindungi olehMu,.
mohon doa dan permintaanku diperkenan dan dimakbulkan olehMu ya Allah..
mohon amal ibadatku diterimaMu ya Allah..
amin ya Allah..
amin ya rabbal a'lamin....
doa harian khas untuk semua tidak ada yang terkecuali....
Tuesday, 7 May 2013
Percutian Di Shah Alam...
syukur alhamdulillah tercapai juga misi bagi tahun ni. rasanya tidak perlu diberitahu apakah misi tersebut. biarlah diri ini dan insan yang terlibat sahaja yang tahu akan apakah misi tersebut. bukan apa aku perlu menjaga hak keperibadian orang lain tidak kira lah samada beliau terlibat secara langsung atau sebaliknya. hati dan perasaan manusia kita tidak boleh menduga tapi dengan kurniaan panca indra yang dikurniakan kepada kita olehNya, mungkin kita dapat merasai hati dan perasaan seseorang tersebut.
apa pun percutian kali agak berbeza jika dibandingkan dengan percutian yang sebelum ini. kerana sebelum ini percutian tersebut ada yang melibat kegiatan dan atau unsur-unsur yang tidak bermoral dan hanya tercenderung kepada kepuasan dan kenikmatan dunia yang bergelumang dengan dosa dan penghinaan serta tidak mendatangkan apa-apa faedah. lokasi percutian seperti tajuk yang diatas, namun percutian kali ini adalah percutian yang penuh bermakna dan insya'allah jika diizinkan Allah S.W.T ianya tidak akan dilupakan dan tidak akan ditulis apakah aktiviti dan serta tidak akan ada gambar yang akan dimuat naikkan didalam blog ini. ini adalah persetujuan dari insan yang terlibat dan diri ini demi untuk menjaga keperibadian insan tersebut.
tapi,
beliau ada mengatakan bahawa, biarlah ianya menjadi memory didalam diri ini dan tidak perlu ditulis didalam blog ini. apa pun, diri ini tetap tidak akan berhenti daripada berterima kasih kepada insan tersebut kerana percutian kali ini addalah percutian yang paling dan tersangat bermakna didalam hidup ini.
setibanya di singapura malam semalam sekitar jam 0900 malam, badan menjadi semakin lemah, segala sendi terasa bisa, mata menjadi semakin hangat keupayaan untuk berdiri dan berjalan terbatas dan menjadi teramat lemah namun cekal hati dan semangat diri untuk tetap meneruskan kaki melangkah pulang. setibanya dirumah, minda berkata untuk merebahkan badan ini diatas katil dikelilingi dengan bantal yang ditinggal pergi selama 3hari 2malam tapi memikirkan solat yang tertunggak, langkah kaki terus mengambil wuduk dan menunaikan kewajipan yang seperti dipertanggungjawabkan kepada kita khalifah dimuka bumiNya ini.
selesai sudah solat, dada terasa sakit, kapala terasa teramat berat dan kesakitan yang suatu ketika dulu kembali menyerang di tempat yang sama... adakah...ermmm biarlah ianya menjadi suatu tanda tanya kepada sekalian pembaca diluar sana (jika ada). langkah kaki ini terus ke kamar mandi dan tiba-tiba terasa ada suatu lelehan cecair keluar dari hidung dan tidak lama kemudian diri tersedak lalu meludahkannya ke dalam sinki..
astarfirullah hal a'zim... subhanallah...
ya Allah... apakah ini....
gerun bercampur terkejut dengan kehadiran cecair yang pada mulanya disangkakan adalah kahak, tetapi ianya adalah darah yang tidak terasa akan kesakitannya dan tidak sedar akan keluarnya dari tubuh badan ini. tidak lama kemudian, telefon bimbit berdering... panggilan dari luar negara...
"where have you been? i thought you already coming back home yesterday and i can't get you on the phone... when you will coming here..? i supposed you already know that you are far away for you appointment...?"
setelah penjelasan diberikan, dan keputusan dimuktamadkan bagi kedua belah pihak, maka termertai janji dan kepulangan diri ini dinantikan seperti yang dijanjikan.
jauh didalam hati kecil ini berkata, jika ini yang ditakdirkan aku akur dan redha atas segalanya yang telah disusun dan ditetapkan kepada diri ini... namun tetap diri ini merasa takut kerana terlalau banyak dosa yang belum ditebus.. amal ku diterima ker..? semoga Allah mendegar bisikan hati si kerdil ini berkata-kata.
segala persiapan dan kelengkapan telah disiapkan seawal minggu lepas sebelum perginya aku bercuti. dan awal pagi tadi selepas solat subuh, satu lagi janji telah termertai antara diri ini dan mahkluk Allah. tidak perlu diberitahu hingga tiba masa yang tepat tiba, dan disahkan akan kesasihannya, maka tika itu terurailah segala apa yang terselindung disebalik tabir lutsinar dari pandangan mata kasar.
semoga apa yang dirancang tidak menyalahi dan direstui olehNya akan niat sebenar mengapa ini yang diinginkan dan dijanjikan oleh diri ini. harap tidak akan ada mana-mana pihak yang terasa hati dan atau berburuk sangka dan atau apa jua salah tafsiran atas penulisan blog ini. mohon ampun dan maaf zahir dan batin.. mohon minta dihalakan segala makan dan minum jika ada...
sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui akan keikhlasan hati ini terhadap misi bagi tahun 2013 kepada insan terbabit. tidak akan ada balasan yang baik dan atau setimpal dengan apa yang telah diberikan.
Thursday, 2 May 2013
"...duhai Sang Pencipta yang Maha atas segalanya.. bantulah aku.."
Tak tahu nak mengadu dengan siapa.. tak ingin mengganggu teman-teman yang lain.. bimbang akan kesibukan mereka boleh mendatangkan kerisauan dan mungkin stress atau tekanan kepada mereka semua.. jadi disinilah tempat untuk diri ini meluahkan isi kata hati dan sujud disejadah menadah tangan mohon pertunjuk dari Allah S.W.T serta mohon kekuatan untuk mengharungi dugaan yang amat kuat ini...
Sejujurnya,
Memang terlalu lemah dan rapuh hati dan keimanan ini umpama rumah kayu yang terlalu usang menunggu masa dan tiupan angin untuk runtuh rebah menjunam ke bumi Allah ini...
Selepas solat Zuhor siang tadi, seperti biasa ku mohon doa, keampunan serta kurniakan pertunjuk dan hidayah kepada diri ini. Mohon keberkatan serta diterima amal dan dimakbulkan doa serta permintaan.. Sejurus selepas solat, bersiap sudah untuk menuju ke tempat kerja seperti hari-hari biasa. Makan tengahari yang setengah senduk nasi dipinggan putih berbunga tapi tak terdaya tekak ini untuk menelan rezeki yang dihidangkan oleh Makcik kesayang yang menjaga makan dan pakai diri ini. Menelan sebutir nasi umpama menelan batu jalanan yang berdarah basah.. meratah ayam goreng umpama meratah ayam yang masih hidup..
Subhanallah.. ya Allah..
Apakah erti semua ini..?
Apakah pertunjuk yang Engkau berikan pada diri ini..?
Jiwa mula resah gelisah.. ketenteraman tidak dirasai seperti hari-hari biasa..
Adakah ini bagaimana rasanya berdosanya diri ini kepada Allah S.W.T...?
Fikiran mulai terganggu.. pelbagai perkara dari dulu hinggalah ke hari ini bermain-main, berlegar-legar di minda yang dipinjamkan olehNya kepada diri ini...
Hanya dengan berbekalkan semangat yang sebesar kuman, langkah kaki ini diteruskan menuju ke tempat tugas. Melaksanakan tanggungjawab seperti yang dipertanggungkawabkan olehNya untuk terus hidup dibumi yang dipinjamkan. Namun, didalam perjalanan runsing difikiran ini, jiwa tidak tenang..masih tertanya-tanya apakah erti semua ini..? Apakah yang ingin Engkau-Ya Allah, ingin sampaikan dan atau memberitahu kepada si kerdil ini dimataNya..
Selamat sampai dikawasan tempat bertugas dan langkah menjadi berat. Menuju terus ke ruangan kawasan merokok untuk memikirkan teka-teki ini dan atau mengenalpasti apa pertunjuk yang dikurniakan kepada si kerdil ini...
3 batang rokok sudah habis disedut membakar paru-paru yang sememangnya sudah rosak menanti masa untuk hancur lebur. Tiba-tiba si kerdil ini mula teringat akan doa selepas solat zohor tadi... Mula hati kecil si kerdil ini berkata sambil memejamkan mata;
"Ya Allah ya Tuhan ku, jika ini yang terbaik untuk diri ini, aku berserah dan pasrah kepadaMu, jika sebaliknya ku mohon restuMu untuk kaki ini melangkah terus menuju ke tempat kerja ku dan menjalankan tugasku seperti hari-hari biasa..."
Hanya dengan mengikuti kata hati kecil ini disusuli dengan bismillah hirrahmanirrahim, melangkah kaki ini menuju ke tandas dan terus membuka uniform ini dan terus menuju ke pejabat tempat dimana ku bertugas dan terus memulangkan segalanya yang berkaitan dengan kerja berserta dengan sekeping nota untuk pengurus ku yang aku meletakkan jawatan serta merta dengan alasan peribadi.
Allah hu akbar!!
Pendirian hati kecil ini tidak berganjak walaupun seinci. Cekal hati ini berpendirian teguh memasak ke bumi bersandarkan pertunjuk dari Allah.
Selesai sudah.. langkah kaki ini menuju keluar dan meneruskan langkah hanya berpandukan apa kata hati ini. Terlintas sejenak kaki ini untuk melangkah masuk ke rumah Allah.. dan disinilah aku mula menulis luahan hati kecil ini. Ketenangan mula dirasai..
Inikah yang terbaik untuk diri ini...? Aku akur dan pasrah serta betserah kepadaNya.
Ya Allah, mohon diri ini permudahkan perjalanan hidup ku selepas ini... Bantulah aku ya Allah..bantulah hambaMu yang kerdil lagi hidup bergelumang dengan pelbagai dosa yang tak terdaya diri ini menanggungnya.. bantulah aku..bantulah hambaMu ini.. jika Engkau ini menjemput ku, izinkan diri ini menunaikan semua waktu solat seperti yang dipertanggungjawabkan kepada sekalian hambaMu yang lain dibumiMu ini...
Amin ya Allah..
Amin yarabbal alamin...





